Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON

Kean Yew lompat ke tangga ke-10 dunia walau tewas dalam final Terbuka India

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



JUARA badminton dunia Singapura, Loh Kean Yew, masih menganggap saingannya di Terbuka India baru-baru ini tetap positif baginya walaupun ia berakhir dengan kekalahan.



Loh tewas kepada pemain nombor 17 dunia dari India, Lakshya Sen, 24-22 21-17 dalam final kelmarin - kekalahannya yang pertama sejak beliau mengejutkan dunia untuk memenangi kejohanan dunia Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) bulan lalu.



Bercakap dengan The Straits Times (ST), Loh berkata:



"Sen bermain lebih baik... dan lebih konsisten. Tapi saya anggap kempen ini tetap positif kerana saya berjaya melangkah ke final."



Final itu adalah pertemuan yang kelima antara Loh dengan Sen; dan adalah kali ketiga Loh tewas kepada pencabarnya itu.



Kekalahan Loh dalam Terbuka India itu, sebuah kejohanan Super 500 - peringkat keempat dalam litar pertandingan BWF - mungkin mengecewakan, tetapi Loh belum lagi dianggap pemain mapan dalam litar ini.



Beliau hanya pernah memenangi satu acara Super 500 sebelum ini - di Terbuka Hylo di Jerman pada November lalu - sebelum beliau memenangi kejohanan dunia di Sepanyol.



"Ada orang mungkin menjangka saya akan memenangi setiap perlawanan selepas itu (kemenangan di Sepanyol). Tapi tiada sesiapa yang boleh sentiasa menang.



"Proses menguruskan jangkaan, kemenangan dan kekalahan ini akan menjadi ciri penting dalam kerjaya saya. Saya akan terus bekerja keras dan yakin terhadap proses ini... bagi mencapai sasaran saya," kata Loh lagi.



Walaupun tewas, Loh telah meloncat lima tempat untuk menduduki tangga ke-10 di ranking dunia, sebagaimana yang tertera di laman BWF.



Sen pula jatuh dari tangga kelima ke tangga keenam.



Jurulatih perseorangan badminton nasional, Kelvin Ho, berkata Loh tewas di final Terbuka India kerana membuat lebih banyak kesilapan apabila menentang lawan yang lebih sabar (di gelanggang) dan perlu berusaha lebih gigih untuk mempertingkat prestasi dan menjadi pemain lebih lengkap.



Loh berangkat ke Dubai semalam untuk menyambung semula latihan dengan pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik, Viktor Axelsen.



Bersama Sen, Loh telah menyertai Axelsen di kem latihan pada tahun lalu.



Menyusuli itu, Loh dijangka menyertai pasukan nasional yang akan bertanding di Kejohanan Berpasukan Badminton Asia di Malaysia, sebelum menyertai semula Tour Dunia BWF di Eropah yang bermula pada Mac nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >