Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON

Kean Yew tewas di Terbuka Jerman

Mar 11, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN nombor kesembilan di dunia, Loh Kean Yew, membuka tirai kempen 2022 di Eropah dengan kekalahan, selepas tewas 12-21, 21-16, 21-18 kepada pemain Canada, Brian Yang, dalam pusingan pertama di Terbuka Jerman kelmarin.



Loh dan Yang, yang menduduki ranking ke-33 di dunia, biasa bertarung di gelanggang, kerana kededua pernah berlatih bersama juara Olimpik dari Denmark dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen di Dubai.



Juara dunia dari Singapura itu memulakan perlawanan dengan baik dan memenangi set pertama dalam masa 13 minit.



Namun, Yang, 20 tahun, mengawal set kedua dan memaksa perlawanan melangkah ke set ketiga.



Loh, 24 tahun, memulakan set ketiga dengan agresif dan mendahului dengan mata 10-5, 15-11 dan 18-16, tetapi gagal menundukkan Yang, dengan pemain dari Canada itu akhirnya berjaya menumpaskan Loh buat kali pertama dalam tiga perlawanan.



Bercakap dengan The Straits Times, Loh berkata:



"Saya bermain terlalu perlahan dalam set kedua dan memberi peluang kepada Yang menyesuaikan diri dengan perlawanan... saya juga terlalu tergesa-gesa mahu untuk menang dan hilang sabar.



"Saya perlu sentiasa gingatkan diri saya sendiri untuk terus tenang dan menang mata satu demi satu."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >