KECEWA namun percaya tindakan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengarahkan Warriors FC - pasukan bola sepak paling berjaya dalam Liga Perdana Singapura (SPL) - tidak beraksi dalam musim akan datang tepat demi kebaikan masa depan juara liga sembilan kali itu.
Demikian reaksi dua bekas pemain Warriors - yang asalnya dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Angkatan Bersenjata Singapura (SAFFC) - Aleksandar Duric dan Shahril Jantan.