Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kedatangan Cech tidak jejas kedudukan dua lagi penjaga gawang Arsenal

Jul 13, 2015 | 10:11 PM



KEDATANGAN Petr Cech ke Arsenal tidak akan meninggalkan kesan apa-apa ke atas dua lagi penjaga gawang kelab Liga Perdana itu. Demikian ditegaskan oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang tiba bersama skuadnya di sini petang tadi untuk kejohanan Trofi Barclays Asia Singapura.


Wenger telah ditanya mengenai kedudukan dua penjaga gawang Arsenal yang lain - Wojciech Szczesny dan Damian Martinez - selepas Cech menyertai mereka baru-baru ini.


"Saya gembira untuk mengekalkan ketiga-tiganya, tetapi pada masa yang sama, anda juga perlu melihat mereka berasa gembira."


Wenger berkata antara faktor yang mendorong Arsenal mendapatkan bekas penjaga gawang Chelsea itu ialah pengalaman luas yang dimilikinya dan hakikat beliau telah banyak memenangi trofi bersama Arsenal.


Wenger yang berkata beliau gembira berada di Singapura sekali lagi, menambah bahawa kejohanan Trofi Barclays Asia Singapura amat penting bagi persediaan skuadnya. "Ia mempunyai kombinasi persaingan dan persediaan yang baik," katanya.


Untuk menekankan betapa serius beliau terhadap kejohanan itu, Wenger berkata: "Kami mahu memenangi semuanya. Jika anda tidak memenangi perlawanan anda, maka anda sudah berada dalam krisis. Kami mahu bermula dengan positif."


Arsenal dijadualkan menentang Pasukan Pilihan Singapura yang dibimbing oleh S.Sundramoorthy sementara dua lagi pasukan Liga Perdana, Stoke City dan Everton, akan menentang satu sama lain pada kejohanan yang berlangsung dari esok hingga Sabtu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >