ATLIT bowling negara, Muhammad Jaris Goh, yang telah membantu pasukan bowling lelaki nasional meraih pingat di Kejohanan Bowling Lelaki Dunia dan temasya Sukan Asia tahun lalu, dinobat pemenang Anugerah Atlit Terbaik The Straits Times (ST) 2018 semalam.
Jaris, 24 tahun, menerima anugerah tersebut dari tetamu terhormat, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu dalam majlis yang dihadiri seramai 180 tetamu di Hotel Shangri-La.