Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejayaan pingat emas bersejarah Bett petanda 'kebangkitan' jaguh pecut dari Afrika

Aug 26, 2015 | 07:20 PM



NAIROBI (Kenya): Jaguh perlumbaan 400 meter berpagar Afrika, Nicholas Bett, mengukirkan namanya sebagai pelari Kenya pertama dalam sejarah negara itu untuk memenangi pingat emas acara pecut di Kejohanan Dunia.


Mempamerkan larian hebat, Bett mengejutkan pencabar-pencabarnya lain untuk memenangi perlumbaan 400 meter berpagar di kejohanan berprestij dunia itu yang berlangsung di Beijing, China.


Kemenangan luar dugaan itu mendorong jurulatih perlumbaan pecut, Stephen Mwaniki, yang berada di Nairobi, melahirkan harapan melihat kejayaan hebat itu mengubah tanggapan buruk mengenai acara lumba pecut di kalangan pegawai-pegawai atletik di negara itu.


"Kami memiliki bakat-bakat bagi perlumbaan pecut di Kenya. Kami memang sentiasa mempunyai bakat-bakat itu.


"Cuba imbas semula di Olimpik Munich pada 1972 serta generasi atlit waktu itu... terdapat ramai pelari pecut tetapi Atletik Kenya (AK) tidak pernah memberi tumpuan kepada acara ini," ujar jurulatih itu yang membimbing Bett dalam latihannya di Nairobi.


Sebelum tiba di Kejohanan Dunia ini di Beijing, Bett telah mengadakan latihan khemah di Pretoria, Afrika Selatan, selama tiga minggu.


Beliau turut berpeluang berlatih di Finland bersama ejen dan juga jurulatihnya, Petteri Piironen.


"Persembahannya di Beijing adalah berkat disiplin dan fokus yang tinggi. Beliau memang tahu memiliki ketinggian dan bentuk badan (untuk bersaing dalam acara itu).


"Tetapi beliau perlukan sedikit kejutan dan sokongan untuk mencapai pentas dunia dengan Beijing menjadi bukti akan semangat juangnya yang tinggi.


"Mudah-mudahan, ia akan mendorong lebih ramai pelari muda kekal beraksi dalam acara pecut kerana trend sebelum ini menyaksikan ramai daripada mereka mengalihkan perhatian kepada perlumbaan 800 meter atau lebih selepas zaman junior mereka," tambah Mwaniki.


Bett, seorang pegawai polis di negaranya,boleh berbangga dengan emas pertama Kenya di pentas dunia bagi acara di bawah 800 meter.


Kali terakhir negara itu, yang masyhur melahirkan pelari handalan dunia bagi jarak pertengahan dan jauh, memenangi pingat acara pecut ialah melalui skuad lari berganti-ganti mereka di Olimpik Munich sekitar 43 tahun lalu.


Kenya turut meraih gangsa kejutan melalui acara melontar lembing wanita apabila Julius Yego menduduki tempat ketiga di Kejohanan Dunia ini dua hari lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >