Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Kejohanan Cabaran Panna Wanita FAS diperkenal

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



DALAM usaha meningkatkan tahap bola sepak wanita setempat dan memastikan ia terus segar semasa pandemik Covid-19, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam memperkenalkan Kejohanan Cabaran Panna Wanita FAS.



Kejohanan sulung itu akan berlangsung hari ini hingga 20 Disember di Expy The Lab yang terletak di Pusat Beli-belah Queensway.



Inisiatif tersebut adalah hasil kerjasama FAS dengan syarikat media Soccer Girl Goals dan Expy The Lab sebagai penganjur acara, dan 1 Play Sports sebagai rakan rasmi teknologi.



Cabaran Panna Wanita FAS berlandaskan permainan Panna yang sebenar - permainan bola sepak jalanan berasal dari Belanda.



Ia biasanya dimainkan di kawasan terhad atau sangkar dalam format satu lawan satu.



Pemain menang sama ada dengan menjaring gol paling banyak dalam masa permainan yang diberikan atau tersingkir serta-merta apabila bola masuk di antara kededua kaki lawan - juga dikenali sebagai 'Panna' atau 'Ole' di rantau ini.



Dalam kenyataan FAS semalam, badan bola sepak negara itu berkata "inisiatif terkini ini adalah petanda komitmen FAS terhadap meningkatkan bola sepak wanita dan memastikan is segar dalam masyarakat bola sepak".



Kejohanan itu akan menampilkan lima kelab daripada liga-liga wanita - Bussorah Youths SC, Lion City Sailors FC, Phoenix Pride FC, Simei United FC dan Tiong Bahru FC yang akan diwakili oleh empat pemain daripada setiap pasukan.



Ketua bola sepak wanita dan akar umbi FAS, Cik Julie Teo, berkata:



"Dengan kita sekarang telah bergerak ke depan untuk membolehkan perhimpunan kumpulan kecil, kami percaya ia adalah masa yang sesuai untuk mengadakan Cabaran Panna Wanita FAS sebab format permainannya tidak melanggar langkah keselamatan masa kini dan masih membenarkan pemain tampil dan mengambil bahagian bersama dalam sukan ini sekali lagi."



Langkah keselamatan yang diperuntuk termasuk memeriksa suhu badan, membersihkan tempat permainan serta tangan setiap pemain sebelum dan selepas setiap permainan.



Setiap perlawanan berlangsung selama dua minit dan kontak fizikal seperti melindungi lawan berpanjangan atau menahan lawan dengan menggunakan tangan akan dianggap faul.



"Kami ingin acara ini memaparkan keupayaan teknikal pemain wanita kami sambil pada masa yang sama, meningkatkan program mendekati dan perlihatkan sukan ini kepada calon pemain wanita lain," tambah Cik Teo.



Cabaran Panna Wanita FAS akan disiarkan secara langsung di laman Facebook FAS dan Soccer Girl Goals, saluran YouTube Soccer Girl Goals serta Facebook dan saluran YouTube 1 Play Sports.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >