Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GOLF

Kejohanan Dunia Wanita HSBC dijangka kembali tahun depan

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



KEJOHANAN Dunia Wanita HSBC, antara acara sukan tersohor Singapura yang dibatalkan tahun ini akibat pandemik koronaviurs, dijangka membuat kemunculan pada tahun depan selepas penaja trofinya mengumumkan Isnin lalu bahawa ia telah memperbaharui komitmennya kepada kejohanan itu dalam satu perjanjian selama beberapa tahun.



Kejohanan golf bernilai AS$1.5 juta (S$2 juta) asalnya dijadualkan pada 27 Februari hingga 1 Mac tahun ini di Kelab Golf Sentosa (SGC) tetapi dibatalkan dua minggu sebelum dilangsungkan.



Edisi 2021 dijangka berlangsung pada slot Februari hingga Mac yang biasa.



Ia adalah sebahagian musim awal Asian Swing Lawatan LPGA yang merangkumi perhentian di Australia dan Thailand, dan menampilkan atlet golf wanita bertaraf dunia dengan majoriti adalah 10 pemain terbaik dan juara Major.



Kejohanan itu ditubuhkan pada 2008 dan lanjutan kontrak terakhir adalah dari 2018 hingga tahun ini.



Menjawab pertanyaan media, jurucakap kejohanan memberitahu The Straits Times kelmarin bahawa penganjur sedang bekerjasama dengan pemerintah untuk membangunkan protokol kesihatan dan keselamatan untuk memastikan pertandingan selaras dengan panduan Dorscon dan Fasa Tiga Singapura mengenai penyambungan semula acara besar-besaran.



Pemain dan pegawai dari luar negara akan menjalani ujian Covid-19 sebelum dan selepas tiba di sini, tambah jurucakap itu.



Penganjur berharap dapat membenarkan sejumlah peminat ke tapak SGC meskipun jumlah itu bergantung kepada keadaan Covid-19 ketika kejohanan kelak.



Tahun lalu, acara selama empat hari itu menyaksikan 32,000 peminat menghadirinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >