Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA MARATHON PERSES

Kejuaraan sulung bagi pasukan takraw SK

May 20, 2018 | 05:30 AM



DALAM edisi yang lalu, mereka sekadar di tempat keenam.



Namun, pasukan sepak takraw SK menunjukkan kehandalan mereka musim ini apabila menjuarai Liga Perdana Marathon Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) yang mencapai kemuncaknya hujung minggu lalu.



Dalam pertarungan akhir itu, SK - yang sebelum ini bergerak di bawah nama Queenstown CSC dan Keat Hong CSC - menewaskan pasukan Polis SA 2-0 di gelanggang Perses di Heartbeat@Bedok untuk menggondol hadiah utama sebanyak $2,200 selain piala pusingan dan pingat.



"Saya bangga dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan para pemain kami lebih-lebih lagi mereka yang masih bersekolah," ujar pengurus pasukan, Abdul Razak Matmin, 57 tahun.



"Ini kejayaan pertama kami, jadi saya berharap kami dapat terus tunjukkan prestasi cemerlang untuk cuba mempertahankan lagi kejuaraan ini tahun depan," tambahnya.



SK terbukti kelab terbaik setempat selepas menamatkan saingan tanpa kalah, memenangi kesemua lapan pertarungannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >