Kelab EPL tanggung kos lebih $1.7b akibat koronavirus: Deloitte , Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Kelab EPL tanggung kos lebih $1.7b akibat koronavirus: Deloitte

Jun 11, 2020 | 04:00 PM

LONDON: Kelab bola sepak yang bersaing dalam Liga Perdana England (EPL) menghadapi pengurangan pendapatan £1bn ($1.76 bilion) bagi 2019-20 kerana wabak koronavirus, kata firma perkhidmatan kewangan Deloitte.

Laman berita BBC News hari ini melaporkan, sebanyak 20 kelab di liga teratas England itu meraih pendapatan gabungan lebih £5bn ($8.8 bilion) untuk pertama kalinya pada 2018-19.

Tetapi musim ini pendapatan tergantung sejak Mac, dan 92 perlawanan yang belum dijalankan akan diadakan secara  tertutup.

Jurucakap Deloitte, Encik Dan Jones, menjangkakan "pengurangan pendapatan dan kerugian operasi yang ketara" dalam bola sepak Eropah.

Deloitte menyatakan pengurangan £500 juta untuk kelab Liga Perdana Inggeris - rebat kepada penyiar dan kehilangan hasil pertandingan - akan "hilang secara kekal", dengan selebihnya "ditangguhkan" hingga 2020-21 jika musim ini dan seterusnya dapat diselesaikan.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Manchester United bulan lalu mengatakan bahawa pandemik koronavirus telah menyebabkan mereka menanggung kos £28 juta - tetapi mereka menjangkakan angka akhir adalah jauh lebih tinggi.

Pendapatan kelab Liga Perdana England meningkat kepada £5.2bn pada 2018-19 - meningkat 7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Lima liga bola sepak terbesar Eropah (England, Sepanyol, Italy, Jerman dan Perancis) menjana pendapatan £15bn - naik 9 peratus.

Keuntungan operasi keseluruhan kelab Liga Perdana England turun 5 peratus kepada £824 juta.

92 kelab Liga Perdana dan Liga Bola Sepak menjana pendapatan sebanyak £6.2bn, dan menyumbang £2.3bn dalam cukai, lebih tinggi berbanding musim 2017-18 sebanyak £2.1b.

Kelab Liga Perdana England mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak £165 juta.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map