PIALA JUARA-JUARA ANTARABANGSA
Kelab gergasi Eropah bersiap hadapi cabaran ICC
Jul 20, 2019 | 05:30 AM
PERSIAPAN bagi perlawanan pramusim Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) yang akan berlangsung di Singapura hari ini dan esok rancak dijalankan, dengan tiga kelab gergasi Eropah - Manchester United, Tottenham Hotspurs dan Inter Milan - mengadakan sidang media dan sesi latihan di Stadium Negara semalam.
Spurs yang tiba pagi kelmarin merupakan kelab pertama yang turun berlatih di Stadium Negara sekitar 10 pagi.