LONDON: Kelab gergasi Liga Perdana England (EPL) dijangka meraih antara pendapatan paling tinggi tahun depan walau kesemuanya sedang menunjukkan prestasi hambar di padang musim ini.
Perjanjian hak televisyen bernilai rekod £5.14 bilion ($10.9 bilion) yang berkuat kuasa tahun depan akan memperkukuh status EPL sebagai gergasi kewangan.