Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kelab idaman Kane dan Bale masih rahsia

Bye! Bye! Spurs?
May 30, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Harry Kane dan Gareth Bale berganding bahu dalam perlawanan terakhir Tottenham Hotspur musim ini menghancurkan harapan Leicester City melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah.



Namun sumbangan tiga gol daripada pasangan ini dalam kemenangan 4-2 itu tidak menjadi topik perbualan. Sebaliknya, masa depan kededua bintang antarabangsa itu kini menjadi tumpuan spekulasi menjelang Kejohanan Eropah (Euro) bulan depan.



Sekurang-kurangnya, Kane telah menunjukkan hasratnya bagi musim depan sebelum beliau menjaringkan gol ke-23 musim ini di Stadium King Power untuk memenangi anugerah But Emas - yang ketiga pernah dimenanginya. Sebelum ini Kane menang dalam musim 2015-16 dan 2016-17.



Kane, 27 tahun, yang juga kapten England, difahami telah memberitahu Spurs bahawa beliau ingin berpindah dan menyertai kelab lain yang mempunyai impian yang lebih selaras dengan impian peribadinya.



Malah, Kane, dilaporkan mempunyai persetujuan 'gentleman' dengan kelab itu, yang memperuntuk supaya kelab itu membenarkan Kane berpindah kelab.



Sejauh ini, Kane telah menjaringkan 221 gol bagi Spurs dan menduduki tangga kedua dalam senarai penjaring gol terbanyak di kelab itu, di belakang Jimmy Greaves yang menjaringkan 266 gol bagi kelab tersebut antara 1961 dengan 1970.



Difahami, Kane amat kecewa dengan musim yang berakhir tanpa trofi - sekali lagi - bagi Spurs, yang juga memecat Jose Mourinho bulan lalu, beberapa hari sebelum final Piala Liga Carabao, di mana ia tewas kepada Manchester City.



Dalam wawancara dengan Gary Neville di rancangan 'The Overlap' baru-baru ini, Kane berkata beliau tidak mahu mengakhiri kerjaya dengan sesalan dan ingin mempunyai perbincangan jujur dan terbuka dengan pengerusi kelab itu.



"Beliau ialah pemain terbaik dalam Liga Perdana England," kata bekas pemain Arsenal, Martin Keown, yang kini bertugas sebagai pemerhati dan penganalisis bola sepak di BBC.



"Dan kita tidak perlu menjadi pakar untuk membaca gerak-geri Harry Kane dan meramalkan beliau tidak akan menyarung jersi Spurs musim depan."



Keown berkata demikian sejurus selepas wisel penamat di Stadium King Power hujung minggu lalu.



Namun, Kane tidak mendedahkan sebarang rancangan masa depannya pada hari tersebut, di mana beliau juga meraih anugerah But Emas dan selanjutnya mengucapkan terima kasih di media sosial.



Ditanya wartawan mengenai masa depan Kane di Spurs, Ryan Mason, yang mengambil alih tugas pengurus di kelab itu daripada Mourinho, berkata:



"Harry Kane layak memenangi But Emas.



"Sebagaimana yang telah saya katakan sebelum ini, Kane ialah pemain terbaik dalam EPL. Beliau menjaringkan paling banyak gol dan merintis paling banyak gol. Itulah segala-galanya dalam bola sepak.



"Saya rasa terhormat kerana berpeluang bersama beliau di padang dan dalam tempoh beberapa minggu ini, berasa amat bertuah kerana dapat membimbing beliau dan menjadi jurulatihnya."



Namun, Spurs bukan hanya perlu mengisi kekosongan yang mungkin ditinggalkan Kane di akhir musim ini.



Bale, bintang Wales yang telah memenangi pelbagai trofi di Real Madrid, juga turut dijangka berpindah.



Selepas beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan terakhir menentang Leicester, Bale memberitahu wartawan bahawa beliau telah membuat keputusan tentang masa depannya, tetapi tidak akan mendedahkannya sehingga Euro 2020 berakhir.



Menambah kepada spekulasi, Bale berkata sebarang pengumuman sebelum kejohanan empat tahunan yang terpaksa dianjak ke tahun ini akibat pandemik itu selesai, akan mengundang kontroversi dan mencetuskan 'kekecohan'.



"Saya sudah buat keputusan apa yang akan saya lakukan... tetapi jika saya buka mulut, saya akan menyebabkan kekecohan," kata Bale.



Namun Bale bersikap lebih terbuka berbanding Kane, apabila diminta mengulas lebih lanjut mengenai masa depannya.



Malah, beliau berkata destinasi beliau selanjutnya mungkin menyebabkan 'kekecohan'.



"Jadi, sebelum saya buat kecoh di Euro, lebih baik saya tunggu sehingga ia selesai sebelum buka mulut," kata.



Menambah, Bale berkata beliau hanya memikirkan tentang Wales dan Euro pada masa ini.



Wales bertemu Switzerland dalam perlawanan kumpulan pertama pada 12 Jun ini. - Agensi berita.




BAYANGAN TINGGALKAN SPURS KIAN JELAS



MAHU TROFI



Difahami, Kane amat kecewa dengan musim yang berakhir tanpa trofi - sekali lagi - bagi Spurs.



Dalam wawancara dengan Gary Neville di rancangan 'The Overlap' baru-baru ini, Kane berkata beliau tidak mahu mengakhiri kerjaya dengan sesalan itu.



BUKA RAHSIA SELEPAS EURO 2020



Selepas Bale menjaringkan dua gol dalam perlawanan terakhir menentang Leicester, beliau memberitahu wartawan bahawa beliau telah membuat keputusan tentang masa depannya tetapi tidak akan mendedahkannya sehingga Euro 2020 berakhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >