Kelab mahu tahu cepat apakah pemain Brazil mereka digantung, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Kelab mahu tahu cepat apakah pemain Brazil mereka digantung

Tidak pasti sama ada pemain tidak dilepaskan sertai skuad negara bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia boleh beraksi hujung minggu ini
Sep 09, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Kelab Liga Perdana England (EPL) yang tidak melepaskan pemain mereka untuk menyertai skuad Brazil bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia harus diberitahu apakah pemain-pemain tersebut akan digantung hujung minggu ini.

Ketua eksekutif Persatuan Kelab Eropah Charlie Marshall berkata kelab harus diberitahu dalam masa 24 jam apakah pemain mereka yang berasal dari Brazil boleh beraksi dalam liga domestik.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) boleh menggantung selama lima hari pemain yang tidak dilepaskan oleh kelab bagi perlawanan antarabangsa.

Sembilan pemain EPL dipilih mewakili Brazil dalam tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Mereka ialah Alisson, Fabinho dan Roberto Firmino daripada Liverpool; Ederson dan Gabriel Jesus daripada Manchester City; dan Thiago Silva (Chelsea), Fred (Manchester United), Rapinha (Leeds) serta Richarlison (Everton).

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Wolves, Newcastle, Watford dan Blackburn akan terus kehilangan pemain hujung minggu ini selepas aduan oleh persatuan bola sepak Chile, Mexico dan Paraguay.

Namun, kelab-kelab masih belum diberitahu apakah pemain mereka yang tidak dibenarkan menyertai skuad Brazil digantung atau tidak.

"Perkara ini perlu dihuraikan dalam tempoh 24 jam akan datang," kata Marshall.

"Liverpool dan kelab lain harus diberitahu apakah pemain mereka yang berasal dari Brazil boleh beraksi atau tidak.

"Jika Fifa bercadang melarang pemain-pemain ini daripada beraksi... mereka harus memberitahu kelab-kelab itu," kata Marshall lagi.

Difahamkan bahawa pemain-pemain tersebut tidak pergi ke Amerika Selatan untuk mengelak menjalani kuarantin 10 hari sekembali mereka ke England, yang akan memanjangkan tempoh mereka tidak dapat beraksi bagi kelab.

Aston Villa dan Spurs masing-masing membenarkan dua pemain mereka - Emiliano Buendia dan Emiliano Martinez serta Cristian Romero dan Giovani lo Celso - menyertai skuad Argentina bagi dua perlawanan pertama dan kini para pemain itu akan terlepas beraksi dalam satu perlawanan EPL semasa tempoh mengasingkan diri.

Mereka terlibat dalam perlawanan menentang Brazil, yang dihentikan selepas lima minit apabila pegawai kesihatan awam di Sao Paolo menguatkuasakan undang-undang kerana kehadiran empat pemain berpangkalan di England dalam skuad mereka.

Fifa seharusnya bersikap lebih memahami, memandangan keadaan pandemik ini, kata Marshall.

"Kami tidak menjangka seseorang pemain harus dikenakan sekatan kerana apabila pemain mewakili negara dan dikenakan perintah kuarantin, beliau terpaksa berpisah daripada kelab bagi tempoh lebih lama berbanding persetujuan antara Fifa dengan kelab.

"Kami memohon kepada Fifa supaya memberikan pengecualian sama kepada pemain yang memilih tidak beraksi dalam perlawanan antarabangsa," ujasr Marshall.

Raphinha, yang mewakili Leeds dalam EPL, antara pemain terjejas.

Pemilik Leeds Andrea Radrizzani berkata beliau kagum mengenai pilihan yang dibuat pemain itu.

"Kami memberinya pilihan dan beliau memutuskan tidak pergi (beraksi dalam perlawananan antarabangsa).

"Beliau menunjukkan sikap amat hormat pada kelab dan liga ini, meskipun terpaksa melepaskan peluang beraksi bagi negara buat julung-julung kali," kata Radrizzani. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map