Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kelayakan Piala Asia U23 AFC: Singa Muda seri 2-2 dengan Timor Leste

Oct 25, 2021 | 10:43 PM



GOL saat akhir Jordan Emaviwe menyelamatkan pasukan Singa Muda daripada tumpas di laman sendiri ketika Singapura memulakan kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (U23) Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) seri 2-2 dengan Timor Leste di Stadium Jalan Besar malam ini (25 Oktober). 



Singapura membuka tirai jaringan perlawanan hasil rembatan dalam kotak penalti penyerang Glenn Kweh pada minit ke-34, selepas Timor Leste gagal mempertahankan hantaran sudut Joel Chew.



Lima minit kemudian, pertahanan Singapura pula dicabar dengan hantaran sudut Timor Leste.



Elias Joao Mesquita, yang tidak diawasi, menyamakan kedudukan buat Timor Leste. 



Kesilapan daripada kapten Singa Muda Jacob Mahler pada minit ke-42 membuka peluang untuk Timor Leste menembusi pertahanan pasukan tuan rumah. 



Gol Paulo Gali meletakkan Timor Leste di depan.



Namun, sambutan pasukan lawan tidak kekal lama apabila penyerang itu dilayangkan kad merah seminit kemudian kerana memaparkan aksi berbaur hinaan.



Singapura memulakan babak kedua dengan kelebihan satu pemain.



Namun, anak didik Nazri Nazir hanya mampu menemui sasaran sekali pada minit ke-95.



Jaringan pemain pertahanan Emaviwe memberikan mata penting kepada pasukan Singa Muda, dalam perjuangan mereka untuk melayakkan diri ke kejohanan final AFC U23 Piala Asia di Uzbekistan tahun depan.



Awal sebelum itu, juara bertahan Korea Republik membenam Filipina 3-0 di Stadium Jalan Besar.



Keputusan malam ini bermakna Korea Republik mendahului puncak tangga Kumpulan H, dengan tiga mata.



Ini diikuti dengan Singapura dan Timor Leste, yang masing-masing mengutip satu mata.



Filipina, yang tanpa sebarang mata, menduduki tempat terakhir. 



Singapura seterusnya akan bertemu Filipina pada Khamis ini, sebelum mengakhiri kempen mereka menentang Korea Republik Ahad ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >