Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kelayakan Piala Dunia 2022: S’pura tewas 5-0 kepada Uzbekistan

Jun 08, 2021 | 10:29 AM



PASUKAN nombor 86 dunia Uzbekistan terbukti terlalu kuat buat Singapura apabila pasukan Singa, nombor 159 di  dunia, tewas 5-0 di Stadium Antarabangsa Raja Fadh di Riyadh, Arab Saudi awal pagi Selasa (8 Jun).



Jurulatih Singapura Tatsuma Yoshida membuat lima perubahan kepada barisan kesebelasan utamanya, yang kalah 4-0 kepada Palestin Jumaat lalu.



Baihakki Khaizan, Hafiz Sujad, Zulfahmi Arifin, Faris Ramli dan Hazzuwan Halim diberi kepercayaan memulakan perlawanan kedua terakhir negara dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022.



Yoshida juga mengatur formasi berbeza dalam perlawanan ini memainkan tiga pemain bek tengah atau ‘back three’ bersama dua pemain bek sayap, untuk memberi pasukan lebih perlindungan.



Dalam perlawanan menentang Palestin, jurulatih asal Jepun itu meletakkan formasi ‘back four’ atau empat pemain di bahagian pertahanan.



Namun, benteng Singapura tetap ditembusi awal pagi tadi.



Bagaimanapun, pasukan negara memaparkan persembahan yang lebih agresif dengan adanya beberapa detik serangan yang memberangsangkan dipimpin kapten Yasir Hanapi, yang mengisi posisi nombor sembilan.



Uzbekistan hanya memerlukan enam minit pertama perlawanan untuk membuka tirai jaringan mereka melalui gol Jaloliddin Masharipov.



Pasukan Singa berjaya mempertahan ancaman serangan lawan selama hampir setengah jam sebelum Masharipov membolos gawang penjaga gol Singapura Izwan Mahbud buat kali kedua dalam perlawanan itu.



Uzbekistan menambah derita Singapura dalam separuh pertama ketika penyerang kelab Italy Serie A Genoa, Eldor Shomurodov meledakkan gol pada minit ke-46.



Dalam separuh kedua, ancaman serangan Uzbekistan terus mencipta masalah bagi Singapura. 



Izwan gagal menyelamatkan jaringan Odil Ahmedov pada minit ke-50, sementara gol sendiri pemain bek tengah Singapura Irfan Fandi pada minit ke-89 memberikan Uzbekistan kemenangan besar. 



Kekalahan itu bermakna Singapura kekal di tempat keempat Kumpulan D dengan tujuh mata, sama dengan penghuni tempat ketiga Palestin, yang mempunyai kelebihan perbezaan gol. 



Arab Saudi mendahului tangga mengutip 14 mata, diikuti Uzbekistan dengan 12 mata, manakala Yaman di tempat terendah dengan lima mata. 



Singapura akan berdepan tuan rumah Arab Saudi dalam perlawanan terakhir Kumpulan D mereka pada 12 Jun. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >