Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kelayakan Piala Dunia: Brazil hanya mampu seri, Argentina menang 2-0

Mar 30, 2016 | 02:32 PM



ASUNCION: Dani Alves menjaringkan gol pada masa kecederaan bagi membolehkan Brazil bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mendapatkan keputusan seri 2-2 dengan Paraguay dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Asuncion pada Selasa (29 Mac).



Keputusan itu membuat Brazil jatuh ke tempat keenam dengan sembilan mata dalam kumpulan kelayakan 10 pasukan Amerika Selatan dan memberi tekanan kepada jurulatih Dunga.



Namun, Dunga berkata pasukannya, yang kini berada empat mata di belakang pendahulu Uruguay dan Ecuador, akan bangkit dan mentertawakan desas-desus dia akan dipecat.



Empat pasukan teratas layak secara automatik bagi Piala Dunia di Russia pada 2018, manakala pasukan kelima harus bermain dalam satu perlawanan penentuan antara benua.



Paraguay juga mempunyai sembilan mata.



Dalam satu perlawanan lain pada Selasa, Uruguay naik menduduk tempat teratas dengan 13 mata selepas menewaskan Peru 1-0 di tempat sendiri.



Ecuador tewas 3-1 kepada Colombia, lantas jatuh di belakang Uruguay disebabkan perbezaan gol.



Lionel Messi pula menjaringkan gol antarabangsa ke-50 untuk membantu Argentina menewaskan Bolivia 2-0 dan meletak negaranya di tempat ketiga dengan 11 mata daripada enam perlawanan.



Chile, yang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Venezuela 4-1, menduduki tempat keempat dengan 10 mata. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >