Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Keluarga ratapi kehilangan pelari maraton Kenya, Kelvin Kiptum

Feb 13, 2024 | 02:28 PM



ELGAYO MARAKWET (Kenya): Isteri pelari maraton Kelvin Kiptum sedang menantikan usaha suaminya menjadi legenda acara larian itu jika beliau berjaya menjadi atlet pertama menghabiskan maraton kurang dari dua jam.


Kini, beliau sedang memikirkan bagaimana hendak memberitahu dua anaknya bahawa ayah mereka telah meninggal dunia akibat satu kemalangan.

Sambil menangis teresak-esak di sebelah perkampungan di mana isteri mendiang Kiptum, Asenath Cheruto Rotich, menetap, ayah Kiptum berasa kesunyian kerana kehilangan anak tunggalnya dan impiannya mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya.

Mereka menetap di perkampungan Chepsamo, di daerah Elgeyo Marakwet, Kenya.

“Beliau berharap untuk berlari dalam masa kurang dua jam,” kata Asenath kepada pihak media.

“Beliau sedang bekerja keras dan kadangkala saya beritahu Kiptum bahawa beliau berlatih terlalu keras dan apabila tiba masanya beliau akan rasa terlalu letih.

“Namun, beliau akan kata ‘tidak mengapa’ dan beliau sepatutnya berlari sebanyak 10 pusingan.

“Kami telah merancang untuk ke Rotterdam pada April ini. Kini ia mustahil,” tambah isterinya.

Kebangkitan Kiptum sebagai sensasi dunia maraton daripada seorang penggembala lembu sungguh mengagumkan.

Beliau hanya berlari sebanyak tiga maraton.

Semasa acara maraton pertamanya pada 2022 di Valencia, beliau bukan sahaja memenangi perlumbaan itu, bahkan mencatat masa terpantas sebagai seorang yang membuat penampilan pertama.

Pada 2023, selepas beliau mencatat rekod baru di London, mendiang Kiptum turut mencatat sejarah maraton di Chicago, memenangi perlumbaan itu dengan masa dua jam 35 saat untuk mengatasi rekod dunia Eliud Kipchoge dengan lebih 30 saat.

Selepas Rotterdam, Kiptum berharap untuk membuat kemunculan Olimpik pertamanya di Paris pada musim panas ini.

Ayahnya, Samson Cheruyot, seorang petani, berkata Kiptum yakin bahawa beliau boleh mengubah kehidupan keluarganya dengan kemasyhuran barunya.

Ia termasuk wang hadiah perlumbaannya dan penajaan lumayan yang akan datang daripada syarikat terkenal, termasuk Nike, di Amerika Syarikat dan Eropah.

“Kiptum beritahu saya bahawa seorang individu akan datang dan membinakan kami rumah dan membelikan kami kereta,” singkap Cheruyot dalam bahasa Swahili.

“Saya tidak mempunyai anak lain, isterinya menghadapi masalah dari segi mendapatkan anak lagi selepas Kiptum dan pihak hospital sarankan agar kami jangan cuba untuk mendapatkan lagi anak,”


“Pada masa kini, saya tidak tahu hendak katakan apa, kini semua orang sedang memerhatikan saya, kami tidak tahu untuk lakukan apa,” tambah beliau.


Isteri Kiptum membuat permohonan kepada pihak pemerintah untuk membantu menjaga anak mereka, berusia tujuh dan empat tahun.

“Kiptum sangat sayang kepada anaknya, saya tidak tahu pun apa yang saya akan beritahu mereka. Beliau sungguh penyayang dan prihatin, saya cuma minta mereka (pemerintah) untuk bantu saya,” katanya.

Menurut pihak polis Kenya, Kiptum dan jurulatihnya, Gervais Hakizimana, meninggal dunia akibat satu kemalangan pada 12 Februari di luar bandar Rift Valley di Eldoret, Kenya.

Penumpangnya juga mengalami cedera parah menurut polis negara itu.

“Beliau hilang kawalan, terbabas dari jalan raya, termasuk parit sejauh 60 meter dan melanggar pokok besar,” kata polis. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >