Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA AFC

Kemenangan bersejarah bagi Sailors di pentas elit Asia

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN midfield Lion City Sailors, Song Ui-young, berkata golnya dalam kemenangan sulung mereka di Liga Juara-Juara AFC (ACL) kelmarin bukan sahaja satu detik sejarah buat kelab itu malah juga untuk bola sepak Singapura.



Song, 28 tahun, membuka tirai jaringan bagi Sailors pada minit ke-21 untuk membantu juara Liga Perdana Singapura (SPL) itu menumpaskan Daegu FC dari Korea Selatan 3-0 di Stadium Buriram City, Thailand, malam kelmarin.



Warga Singapura itu, yang hanya beraksi selama 12 minit sebagai pemain gantian ketika Sailors tewas 1-4 kepada kelab Jepun, Urawa Red Diamonds dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F pada Jumaat lalu, mendapat kepercayaan jurulatih Kim Do-hoon untuk diturunkan dan mengetuai barisan serangan kelmarin.



Song menggantikan penyerang Kim Shin-wook yang cedera.



Mengongsi perasaannya selepas perlawanan kelmarin, Song, yang berasal dari Korea Selatan tetapi menjadi warga Singapura tahun lalu, berkata: "Saya sangat gembira dapat menjaringkan gol pertama untuk perlawanan ini. Gol ini bukan hanya mengenai Lion City Sailors, tapi ia juga untuk bola sepak Singapura dan penyokong Singapura di tanah air.



"Tiga mata ini penting dan akan memberi kami keyakinan bahawa kami boleh bersaing di tahap ini."



Dua jaringan babak kedua daripada Diego Lopes dan Pedro Henrique menyempurnakan malam bersejarah untuk Sailors di pentas tertinggi bola sepak kelab Asia.



Kemenangan ini merupakan yang pertama dicatatkan oleh pasukan Singapura dalam kejohanan itu sejak Warriors FC, pasukan yang tidak lagi aktif, mengalahkan kelab China, Henan Jianye, 2-1 pada 2010.



Warriors berjaya menduduki tempat ketiga dalam kumpulan mereka pada musim itu.



Jurulatih Sailors, Kim, 51 tahun, memuji usaha anak didiknya yang mampu mengecewakan Daegu, kelab Liga-K 1.



"Malam ini akan sentiasa diingati sebagai malam bersejarah. Kami menjangkakan perlawanan yang sukar. Terus terang, saya agak bimbang.



"Tapi kebimbangan itu mungkin hanya ada dalam diri saya saja. Pemain kelihatan bersiap sedia lebih baik berbanding apa yang mereka tunjukkan dalam latihan.



"Jadi, saya harus memberi pujian kepada pemain, terutama mereka yang berpuasa. Untuk berdepan lawan yang sukar dan mencatatkan keputusan hebat, ia adalah detik membanggakan buat saya," ujarnya.



Kemenangan itu turut menghidupkan semula harapan Sailors untuk mara ke pusingan kalah mati. Mereka kini naik ke tangga kedua kumpulan susuli rekod keputusan perlawanan atau head-to-head yang lebih baik menentang Daegu.



Tiga naib juara terbaik dalam lima kumpulan wilayah timur akan menyertai pemenang kumpulan dalam pusingan kelompok 16 pasukan terakhir.



Menambah, Kim melahirkan harapan agar pasukannya akan meneruskan momentum kemenangan ini apabila berdepan juara Liga Super China, Shandong Taishan FC, malam esok.



Shandong, yang tercorot di tangga terendah kumpulan, menghantar pasukan bawah 21 tahunnya untuk kejohanan musim ini.



"Kami masih ada perlawanan lagi dan saya mahu terus berusaha gigih dengan pemain untuk meraih sebanyak mata yang mungkin. Mana tahu ia dapat mencipta harapan untuk kami ke pusingan seterusnya," kata Kim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >