TROON (Scotland): Henrik Stenson menangkis cabaran Phil Mickelson untuk memenangi kejuaraan besar beliau yang pertama dalam Terbuka Britain pada hari terakhir yang sungguh mendebarkan di Royal Troon kelmarin.
Pemain Sweden itu memulakan hari terakhir kejohanan dengan satu pukulan di hadapan Mickelson dan bangkit daripada membuat satu bogey untuk menyamai rekod 63 pukulan, lapan di bawah par.