Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Sukan0

PIALA MERLION

Kemenangan Singa Muda satu permulaan baik bagi masa depan: Fandi

Jun 11, 2019 | 05:30 AM

KETIKA wisel penamat ditiup, skuad Singa Muda di bangku simpanan berlompat keriangan lalu berlari ke padang untuk memeluk rakan sepasukan.

Singapura berjaya mengalahkan pasukan gergasi Asia Tenggara, Thailand, 1-0.

Ini sekali gus menobatkan pasukan tuan rumah sebagai juara edisi kelapan Piala Merlion.

Kemenangan di Stadium Jalan Besar kelmarin merupakan yang pertama buat Singapura sejak Piala Merlion diadakan pada 1982.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas perlawanan akhir kelmarin, jurulatih pasukan bawah 22 tahun (U-22), Fandi Ahmad, berkata:

Berita Popular

"Saya sangat gembira sebab sudah sekian lama sejak kami memenangi sebarang piala.

"Apa yang penting ialah kami belajar daripada kemenangan ini dan bina daripadanya buat tahun-tahun akan datang."

Ikhsan Fandi menjadi wira pasukan setelah gol tunggalnya pada minit ke-36 membantu skuad Singa menjulang piala.

Pemain kelab Raufuss berusia 20 tahun itu menjaringkan gol tersebut hanya lima minit selepas beraksi. Beliau menggantikan Daniel Goh pada minit ke-31.

Meskipun tergelincir, Ikhsan kekal tenang.

Beliau mengambil kesempatan atas kesilapan benteng pertahanan Thailand lalu menjaringkan gol keduanya dalam kejohanan itu di sudut bawah gawang.

Singapura bermain dengan cemerlang dengan mempertahan bentengnya sepanjang separuh masa kedua untuk mengekalkan keputusan 1-0 hingga ke akhir perlawanan.

Usaha tersebut hasil kegigihan pemain 'midfield', Joshua Pereira dan Jacob Mahler, yang teguh menutup ruang di bahagian tengah untuk menghindar pemain Thailand daripada menyerang.

Pemain terbaik perlawanan Hami Syahin tenang mengawal bola.

Beliau berjaya menambat hati penyokong tempatan dengan mengawal bahagian tengah permainan dengan kawalan bola yang hebat.

Prestasi hebat tiga pemain itu berjaya memberikan perlindungan kepada pemain pertahanan tengah Irfan Fandi dan Lionel Tan.

"Kami bermain dengan penuh semangat dan disiplin taktikal," ujar Fandi.

Jurulatih U-22 Thailand Alexandre Gama memuji persembahan pemain Singa Muda.

"Kami tidak dapat bermain cara permainan sepak bola kami kerana Singapura mampu terus berlari dan berikan kami tekanan.

"Saya kagum dengan tahap kecergasan jasmani mereka yang tinggi dan kuat serta sikap mereka yang baik," kata Gama.

Mengulas rancangan skuad Singa Muda bagi Sukan SEA November ini, Fandi menambah:

"Kami akan menjadi 'underdog' Sukan SEA. Kami memerlukan latihan yang baik untuk mengekalkan tahap kecergasan.

"Bukannya kami tidak mempunyai pemain baik, tetapi kami memerlukan strategi baik, sesuai dengan skuad pemain yang kami ada dan harus bermain mengikut kekuatan."

Dalam perlawanan tempat ketiga petang kelmarin, pasukan Indonesia menewaskan Filipina 5-0.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map