Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ANTARABANGSA

Kemenangan Ukraine dituju kepada warga yang sedang berjuang

Atasi Scotland dalam 'play-off' Piala Dunia; kini hanya Wales jadi penghalang dalam usaha layakkan diri ke temasya Qatar
Jun 03, 2022 | 05:30 AM



GLASGOW: Pengurus Ukraine, Oleksandr Petrakov, menghadiahkan kemenangan pasukannya yang mengalahkan Scotland 3-1 untuk mara ke final play-off Piala Dunia kepada mereka yang sedang berjuang mempertahankan tanah air mereka dalam peperangan menentang Russia.



Dalam perlawanan kompetitif pertama sejak Ukraine diceroboh tentera Russia, Andriy Yarmolenko, Roman Yaremchuk dan Artem Dovbyk, masing-masing menjaringkan gol untuk menempah pertemuan dengan Wales pada Ahad ini seterusnya peluang ke Piala Dunia Qatar hujung tahun ini.



"Kejayaan ini bukan untuk saya atau pasukan, ia untuk negara kami.



"Ini adalah kemenangan besar buat Ukraine," kata Petrakov.



"Mereka melakukan apa sahaja untuk orang yang mereka sayangi, rakyat Ukraine.



"Kepada mereka yang melihat dari negara kami: tentera yang sedang berjuang, mereka yang bekerja di hospital.



"Mereka mengucapkan terima kasih kepada kami dan kami mengucapkan terima kasih kepada mereka."



Jurulatih berusia 64 tahun itu, yang menghabiskan sebahagian besar kerjaya kejurulatihannya mengendalikan pasukan remaja negara, berkata beliau tidak mampu untuk menawarkan sebarang penilaian terhadap prestasi pasukannya itu.



"Saya tidak mahu berikan penilaian saya tentang perlawanan buat masa ini, saya keletihan. Fikiran saya kosong buat masa ini," katanya.



Perlawanan berkenaan dijadualkan semula dari Mac, hanya seminggu selepas perang bermula bagi memberikan Ukraine peluang melengkapkan jadual.



Enam daripada kesebelasan utamanya masih ada kontrak dengan kelab Ukraine dan tidak bermain secara kompetitif sejak sebulan lalu.



Petrakov berkata beliau terharu dengan cara beliau dan pasukannya mendapat sambutan di Scotland menjelang perlawanan penting bagi kedua-dua pasukan.



"Dalam masa yang sukar ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Scotland, tempat yang luar biasa dan mesra ini.



"Ketika kami berjalan-jalan, ramai yang datang kepada kami dan mengucapkan yang terbaik untuk kami. Ia sungguh menakjubkan. Terima kasih Scotland, kami tidak akan melupakannya," tambah beliau.



Pemain pertahanan Manchester City, Oleksandr Zinchenko, menangis pada sidang media menjelang perlawanan ketika membayangkan betapa pentingnya membawa Ukraine ke Piala Dunia.



Dengan diketuai Zinchenko, Ukraine tidak menunjukkan permainan yang lembab atau menjadikan harapan tinggi rakyat di negara mereka sebagai beban besar.



"Kami bermain untuk mereka yang sedang berjuang dan bertahan di dalam parit, berperang sehingga ke titisan darah terakhir.



"Kami bermain untuk rakyat Ukraine yang menderita setiap hari," kata Petrakov.



"Selepas ini, giliran Wales menjadi halangan. Kami akan melakukan segala-galanya untuk membanggakan rakyat Ukraine." - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >