HAMPA: Pemain Manchester United hanya boleh menyalahkan diri sendiri selepas pertunjukan hambar sepanjang musim. Bekas juara bertahan Liga Perdana England itu bukan sahaja gagal mempertahankan kejuaraannya, malah gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
GEMBIRA: Pemain Liverpool mungkin kecewa kerana membiarkan kejuaraan liga terlepas daripada genggaman, tetapi mereka patut gembira setelah melengkapkan musim dengan keputusan yang melepasi jangkaan.
DETIK HAMPA: Pemain Fulham, (dari kiri) Steve Sidwell, Scott Parker dan Darren Bent, kelihatan sugul dalam perlawanan dengan Stoke City awal bulan ini. Fulham kalah dan tersingkir dari Liga Perdana England musim depan. - Foto-foto REUTERS
BERAKHIR DENGAN DUKA: Musim Chelsea berakhir dengan keputusan yang menghampakan setelah pengurusnya, Jose Mourinho, dikenakan denda kerana komen sinis yang diutarakannya.
PENCAPAIAN AJAIB: Walau terjerumus di tangga corot Disember lalu, Sunderland telah bangkit untuk mengekalkan statusnya sebagai kelab Liga Perdana England.