Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Kepimpinan baru FAS dipilih jelang 28 April ini

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



PUCUK kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan dipilih menjelang 28 April ini.



Ini susulan notis pilihan raya yang dikeluarkan badan bola sepak negara itu semalam.



Dinamakan Kongres Luar Biasa atau 'Extraordinary Congress' FAS 2021, pilihan raya kedua FAS ini adalah untuk mengundi majlis barunya bagi tempoh empat tahun seterusnya - 2021 hingga 2025.



Majlis FAS pertama yang diundi telah dipilih pada 29 April 2017.



Sebelumnya, pemegang jawatan badan itu dilantik oleh pemerintah sehingga amalan itu didapati melanggar peraturan Fifa pada 2015.



Majlis FAS terdiri daripada sembilan jawatan utama - seorang presiden, seorang timbalan presiden, empat naib presiden dan tiga anggota majlis - di samping enam anggota majlis lain yang akan bertanding secara individu.



Ia juga harus merangkumi seorang anggota majlis wanita.



Seramai 40 kerabat FAS dijangka hadir di Orchard Hotel pada 28 April untuk membuang undi mereka.



Sebahagian besarnya kerabat FAS itu terdiri daripada pasukan amatur Liga Bola Sepak Singapura (SFL) dan Liga Seluruh Pulau (IWL) dengan sembilan daripadanya adalah bekas kelab dan kelab semasa Liga Perdana Singapura.



Namun, akibat sekatan Covid-19 terhadap perhimpunan besar-besaran dan langkah mematuhi jarak selamat, FAS dalam kenyataannya semalam mengatakan hanya satu wakil daripada setiap kerabat diundang membuang undi secara fizikal pada hari mengundi.



Prosiding Kongres Luar Biasa FAS 2021 juga akan distrim secara langsung di platfrom dalam talian FAS.



Sehubungan itu, sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya bebas buat julung-julung kalinya diadakan untuk memantau pilihan raya kali ini.



Jawatankuasa Pilihan Raya dianggotai pengerusinya Raymond Ng, timbalan pengerusi Krishna Sharma dan anggota jawatankuasa Jason Aw.



Sementara itu, Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya dipimpin pengerusi Michael Eu bersama timbalan pengerusi, Low Jin Liang, dan anggota jawatankuasa, Amardeep Singh.



Mereka telah dilantik pada 16 November 2017.



Dalam kongres FAS 2017, Jawatankuasa Pilihan Raya dibentuk secara 'ad-hoc'.



Baru-baru ini, presiden FAS Lim Kia Tong mengesahkan hasratnya untuk memimpin badan bola sepak Singapura dan akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.



Lim, 68 tahun, membentuk jawatankuasa eksekutif semasa FAS, yang seramai enam anggota, bersama timbalan presiden Bernard Tan dan tiga naib presiden - S. Thavaneson, Teo Hock Seng dan Razali Saad.



Naib presiden keempatnya, Edwin Tong, mengundurkan diri Julai lalu setelah dilantik Menteri bagi Budaya, Masyarakat dan Belia.



Setiausaha Agung FAS, Yazeen Buhari, juga merupakan ahli, setelah dipilih menjadi anggota jawatankuasa tersebut.



Menurut laporan The Straits Times, sebuah gabungan yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari kelab bola sepak SFL sedang mempertimbangkan bertanding untuk kepimpinan FAS.




SEKILAS URUTAN KONGRES LUAR BIASA FAS 2021



FAS akan mengundi pucuk kepimpinan baru pada 28 April ini. Kesemua 40 kerabatnya akan mengundi ‘pasukan’ kepimpinan yang akan mengisi sembilan jawatan utama – seorang presiden, seorang timbalan presiden, empat naib presiden dan tiga anggota majlis – di samping enam anggota majlis lain yang akan bertanding secara individu.



15 Mac: FAS keluarkan notis pilihan raya.



16 Mac: Penamaan calon bemula.



29 Mac: Semua borang pencalonan perlu diserahkan melalui tangan kepada Sekretariat Agung FAS selewat-lewatnya 6 petang.



30 Mac: Semakan calon dijalankan.



5 April: Keputusan semakan kelayakan calon-calon diumumkan.



7 April: Tarikh tutup bagi hantar borang rayuan dan pengganti bagi calon yang tidak layak bertanding.



8 April: Semakan calon gantian. 11 April: Keputusan calon gantian dan rayuan diumumkan.



18 April: Senarai muktamad calon yang layak bertanding diumum.



29 April: 40 kerabat FAS akan berkumpul bagi Kongres Luar Biasa FAS 2021 untuk mengundi pucuk kepimpinan baru. Ia diadakan di Orchard Hotel dengan undian bermula 7.30 malam.



Borang dan dokumen bagi pencalonan Kongres Luar Biasa FAS 2021 boleh dimuat turun di http://www.fas.org.sg/extraordinarycongress2 021/.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >