Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU BELGIUM LWN MOROCCO

Faktor umur, takut kalah buat Belgium kalah?

Kekalahan kepada Maghribi cetus soalan apakah 'generasi emas' Belgium 'terlalu tua'
Nov 29, 2022 | 05:30 AM



APAKAH "terlalu tua" alasan wajar untuk persembahan hambar Belgium dalam Piala Dunia?



Pasukan kedua terbaik dunia itu jatuh 0-2 di tangan Maghribi kelmarin.



Kekalahan mengejutkan itu meletak pasukan Eropah itu dalam kedudukan tidak menentu menjelang perlawanan terakhir Kumpulan F menentang Croatia, menimbulkan pelbagai persoalan apakah 'generasi emas' Belgium itu bertenaga untuk memimpin negara itu menjulang Piala Dunia sulung mereka.



Sedang ramai pemain 'otai' negara lain - Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Luka Modric - terdorong memburu kejayaan di Qatar, yang dijangka penampilan terakhir mereka dalam Piala Dunia, bintang-bintang Belgium, sebaliknya, pesimis mengenai peluang mereka.



Jan Vertonghen, pemain veteran dengan 144 penampilan antarabangsa dan bermain di kejohanan besar kelimanya, hanya mampu merenung jauh ketika diwawancara selepas kekalahan itu.



"Banyak perkara bermain dalam fikiran saya," kata pemain pertahanan Anderlecht itu kepada The Athletic. "Perkara yang saya tidak patut kata secara terbuka."



Beliau kemudian tergelak. "Di mana silapnya?" ujarnya. "Kami mungkin menyerang dengan teruk kerana kami sudah terlalu tua. Itu pasti sebabnya, bukan?"



Vertonghen merujuk - secara sinis - kepada cadangan bahawa beliau dan seluruh "generasi emas" Belgium tidak lagi berada pada prestasi hebat mereka. Pada usia 35 tahun, beliau bukan lagi pemain tunggak seperti ketika memakai jersi Tottenham Hotspur.



Begitu juga Toby Alderweireld dan Axel Witsel turut terkial-kial pada usia 33 tahun. Eden Hazard dua tahun lebih muda dan bermain untuk Real Madrid tetapi kelihatan jauh berbeza daripada pemain yang menyinari Liga Perdana semasa di Chelsea. Apabila digantikan, penggantinya Dries Mertens, 35 ta-hun.



Vertonghen pasti tidak berasa meremang ketika mendengar perbualan "terlalu tua" itu. Kevin De Bruyne menyatakannya dalam satu wawancara prakejohanan yang disiar hujung minggu lalu.



"Tiada peluang," kata pemain tengah Manchester City itu apabila The Guardian bertanya apakah Belgium boleh memenangi Piala Dunia.



"Kami terlalu tua. Peluang kami ialah pada 2018. Kami mempunyai pasukan bagus, tetapi ia kian tua. Kami kehilangan beberapa pemain utama. Kami mempunyai beberapa pemain baru yang baik meningkat naik, tetapi mereka tidak berada pada tahap pemain lain pada 2018."



Penilaian De Bruyne nampaknya tepat. Daripada pemain terkemuka Belgium, mungkin hanya beliau dan Thibaut Courtois boleh mendakwa mereka beraksi pada tahap sama empat tahun lalu - dan kedua-duanya mengalami masa sukar menentang pasukan Maghribi yang bersemangat dan mahir, yang menghukum setiap kelemahan Belgium.



Timothy Castagne, Amadou Onana, Youri Tielemans dan Leandro Trossard adalah pemain Liga Perda-na ulung, tetapi mereka tidak berada pada tahap elit Liga Juara-Juara yang ramai "generasi emas" Belgium bermain untuk sekian lama.



Jurulatih Belgium Roberto Martinez mengakui pasukannya mengalami masalah besar.



"Saya tidak lihat pemain menikmati bola sepak atau bermain dengan seronok," kata bekas pengurus Swansea City, Wigan Athletic dan Everton itu.



"Kami tidak bermain dengan gembira dan mungkin itu kerana tekanan yang kami pikul di bahu kami. Kami bermain dalam dua perlawanan terakhir seperti kami sudah tewas.



"Ia bukan kekurangan mutu dalam aspek teknikal... Kami bermain dengan rasa takut kalah. Saya tidak nampak keseronokan yang biasa kami tonjolkan dan itu sesuatu yang perlu kami perbaiki."



Apa pun alasan Martinez dan anak didiknya, penyokong Belgium tidak berpuas hati akan persembahan mereka. Kelmarin, polis terpaksa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata selepas diserang penyokong bola sepak yang membuat kekecohan di tengah Brussels menyusuli kekalahan Belgium.




KEPUTUSAN



KUMPULAN E

Jepun 0 Costa Rica 1

Sepanyol 1 Jerman 1



KUMPULAN F

Belgium 0 Maghribi 2

Croatia 4 Canada 0




JADUAL 



KUMPULAN A

Hari ini, 11mlm

Ecuador lwn Senegal

Belanda lwn Qatar



KUMPULAN B

Esok, 3 pagi

Iran lwn Amerika Syarikat

England lwn Wales




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >