Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Keputusan perlawanan EPL

epl
Sep 30, 2018 | 11:42 AM



LONDON:   Jose Mourinho menerima tamparan hebat apabila beliau  sekali lagi  melihat Manchester United diaibkan apabila ia kalah 3-1 kepada West Ham dalam perlawanan  Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London pada Sabtu (29 Sep).



Ia   kekalahan kedua berturut-turut yang  ditanggung Mourinho setelah   dimalukan oleh kelab kerdil Liga Kejuaraan England  Derby County apabila United tewas 8-7 menerusi penentuan penalti, sekali gus tersingkir pada pusingan ketiga Piala Kejuaraan England  Rabu lalu.



United yang terdesak mencari kemenangan terlebih dahulu dikejutkan oleh tuan rumah seawal minit kelima menerusi percubaan Felipe Anderson daripada gerakan cantik  Pablo Zabaleta.



Tersentak dengan jaringan tersebut, Red Devils merencana strategi dan  hampir menyamakan kedudukan tetapi  tandukan Romelu Lukaku pada minit ke-23 terkena palang.



West Ham  menguasai sebahagian besar permainan dan tekanan yang diberikan oleh anak  buah Manuel Pellegrini membuahkan hasil apabila pertahanan Manchester United Victor Lindelof melakukan kesilapan hingga tertampan bola masuk ke dalam gawang tiga minit sebelum rehat.



United cuba mencari gol untuk merapatkan defisit gol bagaimanapun rembatan Marouane Fellaini pada minit ke-53 gagal menemui sasaran.



Selepas melakukan asakan bertubi-tubi terhadap gawang West Ham akhirnya United berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Marcus Rashford pada minit ke-71 selepas menerima bantuan daripada Luke Shaw.



Bagaimanapun, semangat United untuk menamatkan perlawanan dengan sekurang-kurangnya berkongsi satu mata musnah selepas Marko Arnautovic meledak gol ketiga West Ham hanya selang tiga minit kemudian.



Keputusan perlawanan lain: Liverpool 1 Chelsea 1, Arsenal 2 Watford 0, Tottenham 2 Huddersfield 2, Manchester City 2 Brighton 2, Leicester City 2, Newcastle 0, Southampton 2 Wolves 2, Everton 3 Fulham 0. – Agenci.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >