Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

JELANG PIALA AFF SUZUKI

Kerja keras bermula bagi Singa

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak nasional pulang ke Singapura hari ini selepas melengkapkan kem latihan 10 hari di Dubai, tetapi tugas Tatsuma Yoshida memastikan anak didiknya bersedia menghadapi cabaran Piala AFF Suzuki baru sahaja bermula.



Beraksi dalam dua perlawanan persahabatan di sana tanpa kapten Hariss Harun - yang tidak menyertai pasukan kerana dijangkiti Covid-19 - dan disertai beberapa pemain tunggak yang berpangkalan di luar negara dan telah hampir dua tahun tidak menyarung jersi nasional akibat sekatan sempadan, pasukan Yoshida tetap menunjukkan potensi, walaupun keputusan tidak menyebelahi mereka.



Singapura tewas 1-2 kepada Republik Kyrgyz Khamis lalu, dan hanya berpeluang tipis untuk memenangi perlawanan kedua dengan Maghribi 'A' dalam perlawanan persahabatan kedua malam tadi.



Sebagai perbandingan, pasukan nasional Maghribi menduduki tangga ke-29 di ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa). Singapura pula duduki tangga ke-160 dalam ranking yang sama.



Pasukan Maghribi 'A' itu, walau tidak sehandal pasukan nasional Maghribi yang dibintangi pemain yang berpangkalan di Eropah, dijangka memberi tentangan hebat bagi anak didik Yoshida.



Maghribi 'A' dibintangi pemain-pemain yang berpangkalan di negara itu dan negara-negara Asia lain, seperti penjaring gol kedua terbanyak dalam liga musim ini, Hamid Alhadad dan penjaga gawang Mohamed Amsif yang dilahirkan di Jerman dan pernah mewakili pasukan bawah 18 tahun, bawah 19 tahun dan bawah 20 tahun Jerman.



Yoshida, melalui laman web Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akur pasukan dari Maghribi itu mungkin lebih handal daripada pasukannya dan Singapura belum pernah beradu bakat dengan pasukan sehandal itu.



Namun beliau berkata ia peluang yang baik untuk menguji keupayaan diri sendiri.



"Jika kita tidak amalkan apa yang kita usahakan semasa latihan dalam perlawanan sebegini... kita tidak akan meraih sebarang peluang memperbaiki diri. Pengalaman seperti ini memberi kita peluang untuk mempertingkat diri kita sendiri," ujar Yoshida.



Beliau berkata pemainnya harus dibenarkan membuat kesilapan dalam persiapan menjelang Piala Suzuki dan harus mencari huraian bagi kesilapan itu semasa permainan.



Keputusan perlawanan yang diadakan semasa kem latihan mungkin tidak begitu dipedulikan, terutama apabila Singapura bertemu pasukan yang menduduki ranking lebih tinggi.



Namun, sekembalinya di Singapura nanti, Yoshida mempunyai sekitar 20 hari untuk membuat persiapan terakhir sebelum Singapura memulakan kempen Piala Suzuki dengan pertemuan dengan Myanmar di Stadium Negara.



Beliau bukan sahaja perlu menerapkan semula Hariss dalam pasukan, malah rakan sekelab di Lion City Sailors, Hafiz Nor, yang turut tidak ke Dubai selepas diperintah mengasingkan diri selepas seorang anggota isi rumah dijangkiti Covid-19.



Kededua pemain telah menyambung semula latihan dengan Sailors, sementara menanti pasukan nasional kembali.



Pemain-pemain tunggak yang berpangkalan di luar negeri, seperti Safuwan Baharudin (Malaysia) dan Ikhsan Fandi (Norway) - yang kali terakhir menyarung jersi nasional pada November 2019 - juga perlu digabungkan semula dengan pemain-pemain lain.



Begitu juga dengan Song Ui-Yong, yang baru menjadi warga pada Ogos lalu dan dijangka memain peranan dalam skuad AFF Suzuki nanti.



Bagi Yoshida dan pasukannya, tempoh kerja keras bermula sebaik sahaja skuad pulang ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >