LONDON: Ketua Pegawai Eksekutif Brighton and Hove Albion, Paul Barber, merayu supaya 'Project Restart', iaitu memulakan semula Liga Perdana England (EPL), dibatalkan kerana mengancam nyawa selepas tiga pemain pasukan itu sah dijangkiti Covid-19.
Skuad yang dikenali dengan gelaran The Seagulls itu mengesahkan seorang lagi pemain mereka - yang namanya tidak diumumkan - dijangkiti virus itu kelmarin, hanya seminggu sebelum pasukan Liga Perdana England (EPL) dijangka boleh kembali menjalani latihan berpasukan secara bertahap.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg