Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERLAWANAN PERSAHABATAN

Kesilapan bawa padah

Jun 13, 2019 | 05:30 AM



KESILAPAN demi kesilapan yang dilakukan skuad bola sepak kebangsaan sekali lagi mendapat perhatian setelah mereka tewas 2-1 di tangan Myanmar malam kelmarin.



Kekalahan itu bagaikan satu tamparan hebat kepada pengendali baru pasukan Singapura, Tatsuma Yoshida yang mengharapkan pemainnya dapat meneruskan persembahan cemerlang yang menyaksikan mereka berjaya menewaskan Solomon Islands 4-3 di Stadium Negara Sabtu lalu.



Ia juga merupakan kekalahan yang pertama bagi jurulatih asal Jepun itu dalam dua perlawanan sejak mengambil alih pada 30 Mei lalu.



Penyerang Myanmar, Kyaw Ko Ko, menjadi wira pasukannya selepas beliau mengambil kesempatan daripada kesilapan benteng pertahanan skuad Singa untuk menjaringkan dua gol tersebut.



Pasukan lawan, yang mendapat sokongan padu daripada hampir sekitar 2,500 peminat mereka, membuka tirai jaringan pada minit kelima perlawanan.



Kesilapan hantaran bola dari pemain pertahanan Shakir Hamzah di dalam kawasan lawan memberi peluang kepada Myanmar, yang menduduki tangga ke-140 ranking dunia Fifa, untuk melakukan serangan balas.



Penyerang Muangthong United, Aung Thu yang berjaya mengatasi cabaran dari Anumanthan Kumar, membawa bola masuk ke kawasan kotak penalti skuad Singa sebelum memberinya kepada Kyaw untuk menyumbatkan gol pertama perlawanan.



Walaupun ketinggalan, pemain Singapura terus menunjukkan semangat untuk mendapatkan gol penyamaan.



Usaha pasukan tuan rumah membuahkan hasil selepas pemain sayap, Gabriel Quak berjaya menjaringkan gol keduanya dalam dua perlawanan berturut-turut pada minit ke-25.



Pemain midfield Balestier Khalsa, Huzaifah Aziz menghantar bola lambung ke arah Quak yang menyaksikan percubaan pertamanya berjaya diselamatkan penjaga gawang Myanmar Kyaw Zin Htet.



Namun pemain Warriors FC itu tidak mensia-siakan peluang kedua untuk memastikan babak pertama berakhir dengan keputusan seri 1-1.



Jaringan tersebut bagaimanapun tidak mampu mencetuskan kebangkitan pasukan negara.



Persembahan skuad Singa bagaikan hambar pada separuh masa kedua dengan beberapa kecuaian pemain negara.



Pasukan negara yang gagal mengawal rentak perlawanan kehilangan bola sekali lagi menerusi Quak ketika melakukan serangan.



Melihat peluang yang terbuka itu, Myanmar melakukan serangan balas pantas dan gerakan Kyaw berjaya memperdayakan Hassan Sunny pada minit ke-67.



Pemain gantian Khairul Amri mempunyai peluang terbaik untuk meraih gol penyamaan pada minit-minit terakhir perlawanan, tetapi tandukannya gagal menemui sasaran.



Mengulas tentang perlawanan tersebut, Yoshida yang membuat lima pertukaran pemain daripada perlawanan pertamanya, akur bahawa beliau kecewa dengan keputusan tersebut.



Namun begitu, beliau masih dapat berpuas hati dengan persembahan anak didiknya meskipun kesilapan individu menjadi penyebab kekalahan tersebut.



Beliau yang enggan mengulas tentang kesilapan itu berkata: "Saya kecewa dengan keputusan ini. Kami mengubah beberapa pemain dan mereka menunjukkan keupayaan mereka. Pasukan lawan kami ini lebih hebat dari Solomon Islands.



"Pemain kami kadang-kala bersikap cuai. Sebagai contoh, dalam 40 minit pertama kami dapat mengawal perlawanan tetapi pada lima minit terakhir kami tergesa-gesa.



"Kami perlu mengambil langkah seterusnya. Jika kami memenangi permainan ini, keyakinan kami mungkin lebih. Tetapi sekarang kami tewas, jadi keyakinan kami hanya separuh."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >