ORANGNYA tegas dan menitikberatkan soal disiplin.
Itulah antara ciri-ciri jurulatih baru Jepun, Javier Aguirre, sepertimana yang digambarkan oleh kededua pemain skuad nasional Jepun semasa ditemui selepas sesi latihan pasukan itu di Stadium Bishan pagi semalam - menjelang pertemuan persahabatan glamor dengan juara dunia lima kali, Brazil, di Stadium Negara esok.