Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RENANG

Ketua jurulatih renang baru ingin kejayaan 'berulang'

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



KETUA jurulatih baru Persatuan Renang Singapura (SSA) di Pusat Latihan Kebangsaan (NTC), Brad Dingey, mahu membina kejayaan "boleh berulang dan dipercayai" lepas memulakan penggal dua tahunnya pada 1 September.



Jawatan itu kosong sejak bekas ketua jurulatih NTC Gary Tan menjadi ketua jurulatih nasional pada 1 Januari, dan Dingey dipilih daripada kumpulan sekitar 20 calon untuk mengambil alih.



Beliau disokong penolong jurulatih Gustavo Schirru dan Alex Mordvincev.



Warga Canada itu, 52 tahun, mempunyai lebih 20 tahun pengalaman kejurulatihan dan pernah menjadi ketua jurulatih Pusat Prestasi Tinggi Renang Canada di Vancouver dan Victoria dalam tempoh berasingan.



Pemenang pingat Olimpik seperti Hilary Caldwell, Ryan Cochrane, Emily Overholt dan Brent Hayden dibimbing beliau.



Anak buah Dingey merangkul 13 pingat, termasuk tujuh emas, pada Kejohanan Remaja Dunia 2017 dan 2019.



Beliau ingin mengulangi pencapaian itu di sini dan membuatnya lebih mampan serta konsisten.



Dingey mengakui kemenangan Olimpik Joseph Schooling pada 2016 sebagai detik penting, manakala penampilan akhir kejohanan dunia Teong Tzen Wei dan pingat perak di Sukan Komanwel pada 2022 juga membuktikan NTC berupaya membangunkan bakat bertaraf dunia.



"Matlamat semua orang ialah mencapai kejayaan boleh diulang dan boleh dipercayai. Kami pasti ada kerja perlu dilakukan, tetapi ada jalan di sini dan ia boleh dilakukan oleh mereka di Singapura," kata bapa dua anak itu.



Walaupun jaguh renang seperti Quah Ting Wen, Amanda Lim dan Schooling berusia lewat 20-an tahunatau sudah mencecah 30 tahun, Dingey berasa mereka masih mempunyai peranan untuk dimainkan sedang sukan renang Singapura ingin memberi impak pada kejohanan dunia, Sukan Asia dan Sukan SEA pada 2023.



Selain itu, NTC perlu berusaha membangunkan perenang "yang belum diketahui namanya" bagi untuk Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028, dan "menyediakan perenang dan jurulatih peluang berjaya pada pertandingan besar akan datang".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >