SOROTAN MINGGUAN LIGA-S GREAT EASTERN-YEO'S
Ketumpulan serangan Geylang jadi keprihatinan
Mar 16, 2016 | 05:30 AM
SEKALIPUN kekal tidak kalah selepas lima perlawanan awal, ketumpulan barisan penyerang Geylang International tentunya mendapat keprihatinan jurulatih Hasrin Jailani.
Ini lebih-lebih lagi jika Sang Helang mahu menjadi antara pesaing serius - bersama kelab glamor musim ini, Tampines Rovers - bagi trofi kejuaraan Liga-S Great Eastern-Yeo's musim ini.