DENGAN pemecatan Brendan Rodgers selaku pengurus Liverpool baru-baru ini, penyerang legenda Robbie Fowler berharap kelabnya itu dapat mencari jurulatih terbukti.
Oleh itu tidak hairanlah bagi beliau bahawa calon-calon yang dikaitkan adalah nama-nama besar jurulatih dunia seperti Jurgen Klopp dan Carlo Ancelotti.