LIGA PERDANA ENGLAND PREVIU LIVERPOOL LWN MANCHESTER CITY
Klopp dan anak didik tetap waspada
DUA GERGASI BERENTAP
Nov 10, 2019 | 05:30 AM
LIVERPOOL: Berdiri megah di persada liga dengan enam mata di hadapan pencabar terdekatnya, Manchester City, selain dengan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan.
Meskipun dengan rekod sedemikian, pengurus Liverpool, Juergen Klopp, berkata beliau dan pasukannya perlu terus bekerja keras dan belajar dari pasukan seperti City - lawan mereka malam ini (12.30 tengah malam ini waktu Singapura).