Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Klopp gembira Liverpool bertahan lepas Nunez dibuang padang

Seri 1-1 dengan Palace, penyerang dilayang kad merah kerana hantuk kepala lawan
Aug 17, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata penyerangnya yang ditandatangani dengan yuran pemindahan besar, Darwin Nunez, tidak akan tidur lena selepas perlawanan menentang Crystal Palace kelmarin.



Ini meskipun perlawanan itu seharusnya menjadi detik manis bagi Nunez, yang membuat penampilan Liga Perdana sulung di Anfield bagi kelab Reds itu.



Ini setelah penyerang yang dibeli daripada Benfica pada yuran pemindahan £64 juta ($106 juta) itu dilayangkan kad merah setelah menghentakkan kepalanya ke kepala lawan.



Bermain dengan 10 pemain, Liverpool hanya mampu seri 1-1 dengan Palace.



Penyerang asal Uruguay itu membuka tirain kerjayanya dengan Liverpool dengan cemerlang.



Beliau menjaringkan gol dalam dua perlawanan pertamanya - menentang Manchester City dalam Piala Sumbangsih dan perlawanan pembukaan EPL di mana Liverpool seri 2-2 dengan Fulham.



Namun, Klopp berkata pemain itu harus lekas belajar mengenai selok-belok saingan dalam Liga Perdana.



"Sedikit provokasi di sana sini - dan pastinya reaksi yang salah. Kad merah yang jelas, saya tidak boleh menafikannya. Dia akan belajar daripada kejadian itu.



"Ia adalah satu perbuatan sia-sia... beliau tahu apa yang dilakukannya salah, esok saya akan mengadakan pertemuan dengannya untuk menjelaskan perasaan saya.



"Saya tidak rasa beliau akan tidur lena," kata Klopp semasa bertemu media selepas perlawanan di Anfield itu.



Turut mengecam Nunez, bekas pemain Liverpool Jamie Carragher berkata insiden tersebut akan menjadikan Nunez pemain lebih matang dan bersedia bagi persaingan dalam Liga Perdana.



Tiada siapa menyangkal bahawa pemain berusia 23 tahun itu bertindak selepas provokasi oleh pemain pertahanan Palace, Joachim Andersen.



"Tapi perkara seperti ini berlaku dalam padang bola sepak. Tapi di England ia lebih tegang kerana mutu permainan yang tinggi.



"Jadi sebagai pemain, ia adalah asam garam permainan," ujar Carragher.



Daripada menerimanya sebagai sebahagian daripada persaingan tersebut, Nunez menghentak kepala Andersen, sekali gus tidak memberi pilihan lain bagi pengadil Paul Tierney selain melayangkan kad merah.



Kad merah itu bermakna Nunez akan terlepas peluang bermain menentang Manchester United di Old Trafford Isnin ini, selain perlawanan di Anfield menentang Bournemouth dan Newcastle United.



Sebelum meninggalkan padang pada minit ke-57, Nunez gagal menyerlah di padang.



Meskipun beliau bekerja keras, terdapat elemen keghairahan dan kegopohan. Beliau merembat bola tinggi melambung apabila diberi peluang pada separuh masa kedua, sebelum mensia-siakan peluang mudah pada minit-minit akhir sebelum masa rehat.



Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Klopp berkata beliau gembira akan keputusan seri memandangkan pasukannya kurang seorang pemain.



Wilfred Zaha meletak Palace di hadapan dengan jaringan pada minit ke-32. Namun, Luis Diaz berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61.



"Sekali lagi persembahan yang tidak begitu baik, tidak berada pada tahap sebenarnya.



"Namun, sukar untuk menilainya secara khusus kerana kami juga bermain dengan 10 pemain sepanjang lebih 30 minit perlawanan," ujar Klopp.



Pengurus Crystal Palace, Patrick Vieira, turut bergembira dengan satu mata itu.



"Setelah tewas dalam perlawanna pertama (2-1 di tangan Arsenal), penting untuk kami tidak tewas buat kali kedua.



"Liverpool pula antara lima pasukan terbaik dunia. Jadi kami harapa kemenangan ini dapat beri kami momentum untuk perlawanan akan datang," ujarnya. - Agensi berita.




"Ia adalah satu perbuatan sia-sia... beliau tahu apa yang dilakukannya salah, esok saya akan mengadakan pertemuan dengannya untuk menjelaskan perasaan saya. Saya tidak rasa beliau akan tidur lena."
- Jurgen Klopp, pengurus Liverpool, mengenai tindakan Darwin Nunez menghantuk kepala pemain pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen, hingga beliau dibuang padang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >