Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Klopp kecewa tidak dibenar hadir pengebumian ibu di Jerman

Feb 12, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp meluahkan rasa kecewanya selepas tidak dibenarkan hadir ke pengebumian ibunya di Jerman, disebabkan halangan perjalanan Covid-19.



Jerman telah menetapkan larangan kemasukan pengunjung dari beberapa negara yang terjejas dengan varian baru virus ini, termasuk United Kingdom.



Namun begitu, pengecualian dibenarkan untuk mereka yang mengalami 'kematian keluarga terdekat'.



Bercakap kepada akhbar Schwarzwalder Bote, Klopp, 53 tahun, memberi penghormatan kepada ibunya.



Beliau berkata: "Ibu saya merupakan segalanya bagi diri saya. Beliau merupakan seorang ibu yang terbaik di dunia. Saya percaya beliau berada di tempat yang baik sekarang.



"Saya tidak dapat menghadiri pengebumiannya kerana masa yang tidak menentu ini.



"Setelah keadaan bertambah baik, kami akan mengadakan majlis peringatan yang sesuai dengan keadaan sekarang."



Kali terakhir Klopp mengunjungi ibunya Elisabeth di Jerman adalah ketika hari ulang tahunnya yang ke-80.



Pengurus yang dilahirkan pada 1967, merupakan anak bongsu di antara tiga beradik dari perkahwinan antara Elisabeth Reich dan Norbert Klopp pada 1960.



Pemerintah Jerman menyekat perjalanan dari Britain untuk menghentikan penyebaran virus jenis Kent.



Peraturan itu bermakna Liverpool terpaksa memainkan perlawanan pusingan pertama Liga Juara-Juara dengan RB Leipzig di Budapest.



Liverpool mengalami kengenjotan persembahan sejak beberapa minggu yang lalu sehingga menyaksikan peluang mereka mempertahankan mahkota kini pudar.



Mereka tewas di tangan Burnley, Brighton dan Manchester City di padang sendiri dalam saingan Liga Perdana England (EPL) dan disingkirkan dari Piala FA oleh Manchester United bulan lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >