PIALA SUPER UEFA

Klopp mahu Liverpool terus rebut piala

ISTANBUL: Jurgen Klopp mahu Liverpool menjadikan kemenangan trofi sebagai kebiasaan mereka apabila mereka kembali ke Istanbul - kota yang pernah menjadi saksi kegemilangan mereka - bertemu pesaing Liga Perdana Inggeris, Chelsea, dalam final Piala Super UEFA awal pagi Khamis ini.

Kelab Anfield itu menewaskan AC Milan dalam penentuan penalti untuk memenangi Liga Juara-Juara di Turkey pada tahun 2005, dan kini berdepan dengan Chelsea selepas menjadi juara Eropah buat kali keenam Jun lalu.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun