Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Klopp punca Liverpool buli United'

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata kemenangan 5-0 ke atas Manchester United di padang kelmarin tidak dijangka dan sukar dipercayai.



Mohamed Salah menjaringkan hatrik, sementara Naby Keita dan Diogo Jota masing-masing menyumbat satu gol untuk memberi Liverpool kelebihan 2-0 dalam 13 minit pertama.



Kemenangan itu - paling besar dikecapi Liverpool di Old Trafford - merapat jurang antara kelab itu dengan Chelsea, yang berada di puncak Liga Perdana England (EPL), kepada satu mata.



"Ia benar-benar hari baik untuk kami... hari besar. Ia adalah satu jilid dalam sejarah kelab kami," ujar Klopp.



"Orang akan bercakap mengenai perlawanan ini pada masa depan kerana ia tidak akan berlaku lagi hingga jauh pada masa depan... mungkin langsung tidak berlaku lagi."



Klopp berkata demikian semasa diwawancara SkySports. Tetapi beliau berkata pemainnya tidak meraikan kemenangan itu secara keterlaluan kerana menghormati lawan.



"Kami bernasib baik pada sesetengah bahagian perlawanan dan United tidak mempunyai saat terbaik," ujar Klopp.



Kemenangan kedua Klopp di Old Trafford sejak memimpin Liverpool itu bermakna Liverpool kekal sebagai satu-satunya pasukan belum tewas dalam liga setakat musim ini.



Bekas pemain United Dion Dublin, yang kini pemerhati bola sepak bersama BBC Radio, berkata Liverpool menyerlah kerana Klopp serba berkebolehan.



"Pemain memang berbakat, tetapi punca mereka boleh membuli United di Old Trafford di depan 76,000 penyokong sendiri ialah Klopp," ujar Dublin, yang menyarung jersi United dari 1992 hingga 1994.



"Liverpool terlalu gagah dalam perlawanan itu, dan ia adalah kerana cara Klopp mengatur strategi dan dorongannya supaya setiap pemain berusaha gigih."



Salah, yang kini mengatasi Didier Drogba sebagai pemain dari Afrika paling banyak menjaringkan gol dalam EPL, berkata Liverpool perlu meraih tiga mata penuh dan kembali menumpukan perhatian pada tugas memenangi liga.



"Itu sahaja yang kami mahukan... trofi Liga Perdana," ujar beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >