Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Klopp: Sadio Mane tidak wajar dibuang padang

Sep 10, 2017 | 12:04 PM



MANCHESTER: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata beliau dan Pep Guardiola, jurulatih Manchester City, berkongsi pendapat bahawa Sadio Mane tidak seharusnya dilayang kad merah dalam perlawanan Liga Perdana England di Stadium Etihad yang berakhir dengan kekalahan 5-0 untuk Liverpool pada 9 September.



Mane, penyerang yang berasal dari Senegal, diperintah keluar padang pada minit ke-37 selepas kakinya menyepak wajah penjaga gawang City Ederson.



Ederson memerlukan rawatan panjang selepas insiden itu, tetapi berupaya kembali ke teresuntuk menyaksikan akhir perlawanan.



Bercakap kepada BBC Sport, Klopp berkata:



"Saya baru berbual dengan Pep... kami tidak berpendapat bahawa ia insiden kad merah."



Secara berasingan, Pep akur bahawa Mane tidak 'berniat' untuk menendang Ederson, tetapi enggan menulas sama ada Mane wajar diperintah keluar padang.



Dalam pada itu, Mane telah memohon maaf di Instagram, dengan menulis:



"Saya berharap Ederson cepat pulih. Saya berdukacita kerana beliau tercedera semasa kami bertembung dan beliau tidak berdaya meneruskan perlawanan."



Kekalahan ini, yang pertama buat Liverpool musim ini, juga adalah kekalahan terbesar bagi Klopp sejak memimpin Liverpool. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >