Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Klopp: 'Saya dikekal kerana pencapaian masa lalu'

Apr 05, 2023 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Juergen Klopp berkata beliau masih dikekalkan sebagai pengurus di Liverpool kerana pencapaiannya pada masa lalu dan bukan berdasarkan prestasi pasukannya pada masa ini.



Dua rakan pengurus dalam Liga Perdana England (EPL) Brendan Rodgers dan Graham Potter, masing-masing dipecat oleh Leicester City dan Chelsea pada hujung minggu lalu kerana gagal memenuhi jangkaan pemilik kelab.



Ini bermakna 12 pengurus EPL telah dipecat musim ini, satu rekod.



Liverpool pula sedang menghadapi penghujung musim yang sukar dan boleh gagal melayakkan diri ke pertandingan peringkat benua pada musim depan.



Namun, kedudukan Klopp di kelab itu masih tampak kukuh.



"Jika ini musim pertama di sini, keadaan mungkin berbeza sedikit," kata Klopp.



"Anda tidak perlu mengingatkan saya, saya tahu saya berada di sini kerana pencapaian saya yang lalu dengan kelab ini dan bukan kerana prestasi kami pada musim ini."



Klopp, 55 tahun, telah membantu Liverpool memenangi kejuaraan utama dalam bola sepak peringkat kelab sejak berpindah ke Anfield tujuh setengah tahun yang lalu.



Ini bermakna Klopp ialah pengurus yang berkhidmat paling lama dalam EPL.



Buat masa ini, Liverpool telah kalah dalam tiga perlawanan dan kini menduduki tangga ke-lapan dalam liga - kedudukan yang sama dengan musim 2015-16 - apabila Klopp mengambil alih jawatan pengurus dari Rodgers.



"Saya percaya pemilik kami bijak... mereka tahu keadaan yang sedang kita alami ini," kata beliau.



"Tapi saya ingin berkata... tiada sesiapa harus berasa takut. Saya di sini untuk memburu keputusan yang diingini. Saya bukan di sini untuk menjadi azimat atau perhiasan sahaja.



Menurut Klopp, beliau tidak ingin bergantung pada pencapaian silam untuk memelihara tugasnya.



"Saya tahu saya masih berada di sini kerana apa yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.



"Saya tidak suka hakikat ini. Adakah ia wajar? Kita akan tahu jawapannya di masa depan," ujar Klopp.



Liverpool telah bersaing sengit dengan Manchester City untuk merebut kejuaraan EPL dalam tiga daripada empat musim lalu.



Ia memenangi trofi tersebut - yang pertama bagi kelab dalam tempoh tiga dekad - pada musim 2019-20.



Namun, buat masa ini, Liverpool sedang ketinggalan 30 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, selepas tewas 1-4 kepada City pada Sabtu lalu.



Dengan musim berbaki 11 perlawanan, Liverpool kini berada lapan mata di belakang tempat kelayakan bagi Liga Juara-Juara.



"Sebagai pengurus, memang tugas saya untuk memperbetulkan yang kurang baik dalam pasukan ini. Kami tidak boleh terus beraksi sebegini. Itu tidak dibenarkan.



"Tentunya saya kecewa dengan apa yang berlaku, tetapi ia sedang berlaku. Kini kami perlu cari jalan keluar dan itulah yang sedang kami usahakan," kata Klopp lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >