Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Klopp: Sturridge penyelamat Liverpool

Dec 20, 2016 | 11:01 AM



EVERTON (England) - Liverpool kembali ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas berjaya menewaskan Everton 1-0 semalam.



Gol tunggal itu dijaringkan Sadio Mane pada minit ke-94 dalam perlawanan yang menyaksikan pengadil memberi masa tambahan selama lapan minit bagi separuh masa kedua.



Liverpool kini mengumpul 37 mata mendahului Manchester City dengan satu mata, dan ketinggalan enam mata di belakang Chelsea yang mendahului liga.



Perlawanan yang berlangsung pada 4 pagi tadi waktu Singapura itu menyaksikan Everton mempamerkan aksi lincah dengan beberapa usaha serangan yang baik.



Liverpool yang adakalanya perlu bertahan, bernasib baik apabila Mane memanfaatkan rembatan Daniel Sturridge yang terkena palang dan menjaringkan gol kemenangan buat The Kop.



Kekalahan di tangan Liverpool merupakan satu keperitan buat Everton yang sejauh ini hanya menikmati satu kemenangan daripada tujuh perlawanan yang telah dihadapinya.



Ia kini berada di tangga ke-9.



Memberikan ulasannya tentang kemenangan yang dikecapinya itu, Klopp berkata "ia satu perasaan yang indah".



Beliau juga memuji Sturridge atas usahanya yang membawa kepada kemenangan Liverpool.



"Apabila anda mempunyai Daniel di bangku, anda sering berfikir bilakah masa yang sesuai untuk memasukkannya," kata Klopp.



"Ia bukan satu keadaan yang biasa dan pada masa yang sama, satu pilihan yang baik apabila anda dapat membawa masuk pemain untuk menggantikan mereka yang keletihan apabila perlawanan menjadi sengit. Beliau amat membantu kami dalam perlawanan yang sukar pada malam ini." - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >