LIGA JUARA-JUARA

Klopp tabik anak didik, akur pertarungan belum lagi selesai

LIVERPOOL (England): Pengurus Liverpool, Juergen Klopp, menabik anak didiknya di atas prestasi cemerlang yang dipamerkan dalam separuh masa pertama semasa kemenangan 3-0 ke atas Manchester City dalam pertemuan pertama suku akhir Liga Juara-Juara.

Gol-gol jaringan Mohamed Salah, Alex Oxlade-Chamberlain dan Sadio Mane mencetuskan suasana perayaan di kalangan penyokong Liverpool di Anfield dinihari semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan