Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Klopp: Tewas kepada Chelsea satu 'tamparan besar'

Liverpool dikritik beri persembahan kurang bersemangat dalam kekalahan 0-1 kepada Chelsea
Mar 06, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Jurgen Klopp akur bahawa kekalahan 0-1 Liverpool di tangan Chelsea merupakan satu tamparan besar buat mereka terutama selepas tewas lima perlawanan berturut-turut di padang sendiri buat kali pertama dalam sejarah kelab tersebut.



Pasukan Klopp dikutuk di atas aksi tidak bersemangat yang sebelum ini "tidak pernah disaksikan di Anfield", menurut pengamat, dengan gol kemenangan Chelsea dijaringkan Mason Mount pada lewat separuh masa pertama.



Selepas meraih kejuaraan Liga Perdana England (EPL) buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun musim lalu, Liverpool yang berdepan krisis kecederaan di bahagian pertahanan, perlu memperbaiki prestasi mereka jika ingin menduduki antara empat pasukan teratas.



Dengan hanya tinggal 11 perlawanan lagi, mereka sekarang ini berada di kedudukan ketujuh - empat mata di belakang pasukan tangga keempat, Chelsea.



Klopp akur bahawa kekalahan ke atas pasukan lawan yang sedang merebut kelayakkan ke Liga Juara-Juara musim depan adalah satu tamparan hebat buat mereka.



"Ini bukan disebabkan Anfield atau apa pun, ini adalah berkaitan dengan prestasi keseluruhan. Terlalu kerap ianya terjadi.



"Dalam situasi seperti ini kami harus memperbaiki kelemahan. Anda tidak boleh berkata ia hanyalah aksi di padang sendiri.



"Kami harus menunjukkan kualiti yang kami ada setakat ini dan kami tidak melakukannya dengan kerap.



"Ia merupakan satu perlawanan yang sangat sengit. Ia satu tamparan buat kami. Kami harus menang perlawanan bola sepak. Ia masih belum berakhir," katanya.



Klopp tidak gembira dengan benteng pertahananya kerana membiarkan Mount menjaringkan gol kemenangan.



Beliau juga kecewa dengan bahagian serangan, tatkala penjaring terbanyak, Mohamed Salah terpaksa digantikan pada separuh mana kedua. perlawanan.



Klopp menggantikan Salah, penjaring terbanyak liga dengan 17 gol, dengan Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-62 ketika Liverpool memburu gol penyamaan.



Salah, pemain asal Mesir itu, kelihatan bingung dengan keputusan itu - meninggalkan padang sambil menggelengkan kepalanya.



"Pada saat itu beliau kelihatan seperti terasakan intensiti dan saya tidak mahu mengambil risiko," kata Klopp.



"Semuanya baik, saya membuat keputusan yang saya rasa tepat pada masanya.



"Saya masukkan pemain yang segar. (Salah) nampaknya beliau penat sedikit, beliau telah banyak bermain.



"Saya ada pilihan menggantikan Sadio (Mane) atau Bobby (Roberto Firmino), itu semua jelas, tetapi pada masa itu ia kelihatan seperti Mo."



Liverpool memecahkan buku rekod musim lalu dalam perjalanan memenangi gelaran juara pertama Inggeris dalam 30 tahun, tetapi musim ini dicemarkan oleh kecederaan dan prestasi buruk, meletakkannya di tangga ketujuh dengan 43 mata dari 27 perlawanan, empat mata di belakang Chelsea yang menduduki tangga keempat.



Chelsea belum tewas selepas 10 perlawanan dalam semua pertandingan sejak Thomas Tuchel menggantikan Frank Lampard yang dipecat pada Januari lalu.



Mereka kini berada satu mata di depan Everton, yang bermain kurang satu perlawanan.



"Sudah tentu ia perlawanan enam mata kerana apabila anda menang dan yang satu lagi tewas.



"Masih ada 11 perlawanan lagi dan persaingan masih diteruskan," kata Tuchel.



Sementara itu, Everton merakam tiga kemenangan berturut-turut dengan Richarlison, sekali lagi menjadi wira skuad kendalian Carlo Ancelotti itu selepas turut menang 1-0 di West Brom.



Benteng pertahanan Everton juga kini semakin mantap setelah berjaya memastikan gawang mereka tidak dibolosi dalam tiga perlawanan berturut-turut.



Richarlison menanduk masuk hantaran lintang Gylfi Sigurdsson pada minit ke-65 untuk gol keempatnya dalam empat perlawanan.



"Kami beraksi dengan baik sekarang dan kini bersaing untuk tiga pasukan teratas liga.



"Musim masih panjang tetapi kami dalam persaingan dan gembira berada di sana," kata Ancelotti.



Dalam aksi perlawanan lain, Dele Alli beraksi cemerlang pada penampilan liga pertamanya dalam kesebelasan utama musim ini ketika Tottenham Hotspurs mengatasi Fulham 1-0.



Alli tidak dikira sebagai penjaring selepas rembatannya terkena pemain pertahanan Fulham, Tosin Adarabioyo untuk gol sendiri di Craven Cottage.



Namun kehadirannya jelas membawa perbezaan ke atas Spurs yang mempunyai tabiat tercicir mata ketika berada di kedudukan yang selesa untuk memenangi perlawanan musim ini.



Fulham adalah salah satu daripada empat pasukan yang bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk memastikan mereka terikat dengan anak buah Mourinho 1-1 pada aksi sebelum ini.



Skuad kendalian Scott Parker menyaksikan jaringan Josh Maja dibatalkan kerana terkena tangan Mario Lemina, tetapi Tottenham bertahan untuk memastikan mereka merapatkan jurang dengan empat pasukan teratas kepada hanya empat mata.



"Pada penghujungnya ia tidak berbeza dengan perlawanan-perlawanan kami sebelum ini dan kami berjaya mendapat gol lewat permainan.



"Menentang Palace, Wolves, Newcastle, kami dibolosi pada saat akhir dan tercicir mata. Malam ini berbeza, kami yang mendapatkannya," kata Mourinho. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >