LIGA PERDANA ENGLAND
Klopp: Ubah jadual perlawanan
Nov 10, 2020 | 05:30 AM
MANCHESTER: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata Liga Perdana "harus menggubah" jadual perlawanannya, dengan rakan seperjuangan dari Manchester City Pep Guardiola menambah bahawa pemain tidak dilindungi.
Ini susulan kritikan Ole Gunnar Solskjaer mengenai waktu perlawanan, dengan pasukannya Manchester United beraksi pada 12.30 petang GMT (8.30 malam waktu Singapura) Sabtu lalu selepas beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada Rabu sebelumnya.