Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK

Komen seksis gegar Olimpik Tokyo

Ketua Jawatankuasa Penganjur digesa undur diri selepas tegur sikap wanita
Feb 11, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Hujah yang diutarakan mengenai wanita oleh Encik Yoshiro Mori, ketua jawatankuasa penganjur Olimpik Tokyo, amat tidak sesuai, kata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).



Encik Mori, 83 tahun, berkata wanita terlalu banyak bercakap dan mesyuarat yang dihadiri ramai pengarah lembaga wanita selalunya berlanjutan.



Beliau telah memohon maaf atas hujahnya itu selepas sebahagian pihak awam menggesa beliau mengundur diri, tapi beliau berkata beliau tidak merancang berbuat demikian.



IOC, minggu lalu, berkata ia menganggap kes itu telah selesai selepas Mori memohon maaf.



Sekitar 440 relawan Olimpik telah mengundur diri selepas Encik Mori membuat hujah mengenai wanita itu Rabu lalu.



Encik Mori juga telah berkata peserta wanita dalam mesyuarat bersikap terlalu bersaing antara satu sama lain.



Kelmarin, IOC berkata hujah Encik Mori itu bercanggah dengan komitmen dan pemuliharaan yang digariskan oleh Agenda Olimpik 2020. Namun ia tidak menyentuh tentang tindakan susulan terhadap Encik Mori.



"Selain tindakan Mori memohon maaf, Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 menganggap hujahnya (mengenai wanita) tidak sesuai dan jawatankuasa itu telah menekankan lagi komitmennya terhadap kesaksaman jantina," kata IOC.



"Sebagai ketua pergerakan Olimpik, kami komited pada usaha menggalak dan menyokong penglibatan wanita dalam sukan di setiap peringkat dan di setiap struktur, sebagaimana ia dinyatakan dalam Piagam Olimpik.''



Insiden ini dianggap sebagai amat memalukan dan berpotensi menjejas lebih mendalam penganjuran Olimpik di Tokyo dna juga IOC, berlatar perhatian awam yang bertambah kepada usaha jawatankuasa penganjur untuk tetap mengadakan temasya sukan itu di tengah-tengah pandemik.



Malah, IOC dikecam oleh sebahagian pihak kerana menanti lima hari untuk mengutuk hujah Encik Mori.



Difahami, jawatankuasa penganjur di Tokyo bercadang mengadakan mesyuarat tergempar esok, untuk membincangkan cara terbaik menangani skandal ini yang telah mencetus perbincangan lebih meluas mengenai isu ketaksamaan jantina di Jepun.



Sebahagian pengkritik percaya hujah Encik Mori itu, dan cara IOC yang lewat mengutuk hujah tersebut, telah menggugat teruk kedudukan Encik Mori sebagai pemimpin jawatankuasa.



Namun ada sebahagian pihak berpandangan perubahan kepimpinan yang dilakukan hanya beberapa bulan sebelum Olimpik dijadualkan boleh merumitkan tugas menganjur temasya sukan itu. - Agensi berita.




"Selain tindakan Mori memohon maaf, Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 menganggap hujahnya (mengenai wanita) tidak sesuai dan jawatankuasa itu telah menekankan lagi komitmennya terhadap kesaksaman jantina.

Sebagai ketua pergerakan Olimpik, kami komited pada usaha menggalak dan menyokong penglibatan wanita dalam sukan di setiap peringkat dan di setiap struktur, sebagaimana ia dinyatakan dalam Piagam Olimpik.''

- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >