Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORUM SUKAN 'GOING FOR GOLD'

Kongsi resipi bimbing anak jadi atlit kelas dunia

Ibu juara renang Olimpik Joseph Schooling dan ibu juara tenis Grand Slam Andy Murray kongsi pengalaman
Oct 29, 2017 | 05:30 AM



IBU bapa mana yang tidak mahu melihat anak mereka mencapai cita-cita mereka?



Namun, menurut May Schooling, ibu kepada juara renang Olimpik Joseph Schooling, apa yang lebih penting ialah peranan dan pendekatan yang diambil ibu bapa itu, mendekati anak mereka, memahami ciri-ciri si anak dan seterusnya membimbing mereka mencapai potensi sepenuhnya.



"Apabila Joseph mula memberitahu kami bahawa beliau berhasrat berlatih di Amerika Syarikat, saya dan suami sedar bahawa kami perlu berbincang dengan serius dengan beliau untuk memastikan bahawa inilah yang benar-benar beliau mahu lakukan.



"Tiada gunanya memaksa anak-anak melakukan sesuatu yang sememangnya bertentangan dengan kehendak atau isi hati mereka kerana ini hanya akan menjejas hubungan antara anda berdua.



"Biarkan si anak memilih masa depan yang ingin dicapainya dan sebagai ibu bapa, anda mempunyai peranan memberikan sokongan dan bimbingan agar mereka dapat mencapai impian yang terpendam itu," tambah May.



Kata-kata penuh hikmah itu disampaikannya sempena forum bertajuk 'Going for Gold' (Menyasarkan Emas) yang diadakan baru-baru ini sempena kejohanan berprestij tenis Final Persatuan Tenis Wanita (WTA) BNP Paribas yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura sepanjang minggu lalu.



Kejohanan elit penutup tirai musim ini - yang dikhaskan hanya bagi lapan pemain terbaik perseorangan dan beregu dunia - berakhir malam ini.



Forum yang dibawakan oleh syarikat Tiffany & Co itu turut menampilkan Judy Murray - seorang jurulatih tenis terkenal yang juga ibu kepada pemenang Grand Slam tenis dan juara Olimpik, Jamie dan Andy Murray.



Menyertai May dan Judy yang berucap di forum itu ialah bekas pemain nombor satu wanita dunia dan duta legenda kejohanan Final WTA ini, Lindsay Davenport dari Amerika Syarikat.



Mereka telah berkongsi pengalaman dan peranan sebagai ibu, menceritakan pahit getir yang dilalui dan menyentuh mengenai 'resipi' masing-masing bagi memupuk atlit yang berjaya serta mengupas persoalan mengenai apa yang diperlukan sebagai ibu bapa yang "menyasarkan emas".



Memberi pandangannya pula, Judy, yang menjadi mentor ketika Jamie dan Andy mula berkecimpung dalam tenis, berkata:



"Anda (ibu bapa) perlu memahami kegemaran dan potensi anak terlebih dahulu, kemudian mencari cara untuk membantu mereka memupuk bakat itu.



"Ibu bapa perlu membimbing anak mereka dan bantu mewujudkan peluang-peluang kepada mereka... apabila mereka (Jamie dan Andy) mula memukul belon melintasi sofa di bilik tamu rumah saya... tidak terfikir mereka akan menjadi juara Grand Slam."



Di kalangan dua beradik itu, Andy tentunya lebih popular dengan peminat sukan itu.



Kini berusia 30 tahun, Andy ialah bekas pemain utama lelaki dunia selain pemenang tiga Grand Slam sejauh ini - di Wimbledon pada 2013 dan 2016 dan Terbuka Amerika pada 2012.



Namun, seperti yang dinyatakan ibunya, perjalanan menuju ke mercu tenis dunia bukanlah sesuatu yang dicapai dengan mudah.



"Apabila kami bermula (bermain tenis), terdapat banyak cabarannya kerana tenis hanya satu sukan minoriti di Scotland... cuaca juga selalu menghalang kami bermain dan kemudahan bagi sukan ini agak terhad.



"Jadi sebagai seorang ibu, saya perlu menjadi kreatif dan cuba memanfaatkan sepenuhnya apa yang ada ketika itu," tambah Judy.



Mengongsi pengalamannya pula, Davenport yang kini menjadi jurulatih kepada pemain ke-16 terbaik dunia, Madison Keys, berkata:



"Ikatan antara seorang mentor dengan anak bimbingan adalah sesuatu yang istimewa sekali... kededuanya perlukan perspektif yang sama, set minda yang sama.



"Adalah baik untuk mempunyai impian yang besar... dan bercita-cita tinggi kerana itulah yang akan mendorong anda mahu berjaya. Namun satu lagi aspek penting ialah gambaran sebenar bagi mendapat hasil yang dihajatkan.



"Jadi sebagai jurulatih, anda memerlukan rancangan yang berstruktur atau strategi untuk melaksanakannya... segala ini juga perlu dikongsi sama atlit berkenaan."



Merumuskan dapatan di forum itu, Naib Presiden WTA dan juga pengarah pertandingan bagi Final WTA, Melissa Pine, berkata:



"Perjalanan untuk menjadi seorang atlit kelas dunia memang penuh cabaran yang memerlukan satu sistem sokongan yang kuat bagi atlit mencapai kejayaan.



"Judy, Lindsay dan May semuanya telah membuktikan bahawa mereka contoh yang hebat sekali dengan menyediakan prasarana, bimbingan dan sokongan bagi anak-anak atau atlit di bawah bimbingan mereka sebagai lambang kecemerlangan di tahap tertinggi sukan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >