Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Konsortium Boehly diberi kelulusan beli Chelsea

May 26, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Cadangan pengambilalihan Chelsea oleh Todd Boehly semakin hampir dilengkapkan hari ini apabila majlis Liga Perdana England (EPL) mengumumkan pihaknya sudah meluluskan pembelian kelab London itu yang boleh dimuktamadkan semalam.



Konsortium diketuai Boehly, pemilik bersama kelab besbol Los Angeles Dodgers, sebelum ini sudah bersetuju dengan perjanjian dengan rekod £4.25 bilion ($7.3 bilion) bagi membeli kelab EPL itu daripada pemiliknya, Roman Abramovich pada 7 Mei.



Dalam kenyataannya EPL berkata:



"Majlis EPL hari ini bersetuju dengan cadangan pengambilalihan Kelab Bolasepak Chelsea oleh Konsortium Todd Boehly/Clearlake.



"Pembelian itu bergantung kepada lesen pembelian yang dikeluarkan Kerajaan (British) dan melengkapkan transaksi tahap akhir diperlukan."



Pegawai mahu semuanya dilengkapkan secepat mungkin supaya Chelsea boleh membuat pendaftaran untuk aksi musim depan dengan sumber daripada kerajaan yang tidak dinamakan memberitahu Persatuan Akhbar Britain:



"Kami kini percaya semua orang sudah bersedia untuk mengeluarkan lesen diperlukan.



"Halangan terakhir ialah beberapa perkara teknikal yang sedang dibincangkan bersama kelab."



Jutawan Russia, Abramovich meletakkan Chelsea dalam pasaran pada awal Mac, sejurus sebelum dia dikenakan sekatan oleh kerajaan British berikutan pencerobohan Russia terhadap Ukraine.



Proses penjualan itu memakan masa yang lama kerana kebimbangan kerajaan mengenai potensi Abramovich akan mengaut keuntungan daripadanya.



Sementara itu Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia dan Pengerusi, Bruce Buck dilaporkan akan menerima bonus lumayan apabila pengambilalihan kelab dilengkapkan Todd Boehly.



Sejumlah £50 juta akan diberikan apabila era Boehly secara rasmi bermula.



Dan Granovskaia, 47 tahun, akan menerima £20 juta apabila perjanjian berkenaan dimeterai menurut The Times. - AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >