Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

Kontinjen S'pura mula 'berkampung'

Atlet waspada sendiri, selain peraturan keselamatan Covid-19 di Perkampungan Olimpik
Jul 20, 2021 | 05:30 AM



ATLET Singapura telah masuk ke Perkampungan Sukan di Tokyo Bay, hanya beberapa menjelang upacara pembukaan Olimpik 2020 pada 23 Julai.



Pemain tenis meja Feng Tianwei dan rakan sepasukannya berpindah ke sana kelmarin, selepas tiba dari kem latihan di Shimada, disertai atlet lawan pedang Kiri Tikanah, Amita Berthier dan atlit tunggang kuda Caroline Chew.



Juara bertahan gaya kupu-kupu lelaki Joseph Schooling dan rakan sepasukannya di kolam renang pasangan, adik-beradik Quah Zheng Wen dan Quah Ting Wen, juga sudah berada di sana.



Bercakap kepada The Straits Times, Feng, 34 tahun, yang bakal menjadi warga Singapura ketiga beraksi di empat Olimpik, berkata beliau senang hati dengan apa yang dilihat di perkampungan itu.



"Keadaan amat baik... dan pada waktu makan, penganjur menyediakan beraneka jenis makanan antarabangsa yang boleh kami ambil sendiri," kata beliau.



"Bilik yang diberikan juga ada katil, meja dan kerusi. Tiada barang keperluan harian seperti di Rio 2016, dan kami terpaksa membawanya sendiri.



"Namun, keadaan dalam bilik lebih bersih berbanding di Brazil. Ada juga gimnasium dan kawasan untuk kami cuci pakaian."



Perkampungan sukan itu seluas 44 hektar - sebesar 352 kolam renang Olimpik - dan dilaporkan menanggung perbelanjaan 54 bilion yen ($665.8 juta) untuk dibina, termasuk kerja membina jalan raya dan prasasarana lain.



Ia merangkumi 21 bangunan perumahan dan sekitar 3,600 unit mengandungi lebih 18,000 katil bagi kededuanya, atlit Olimpik (lebih 11,000 orang) dan atlit Paralimpik (lebih 4,000 orang), serta kru sokongan mereka.



Rangka katil dibuat daripada kadbod dan boleh dikitar semula, dengan perkampungan itu dirancang diubah menjadi estet perumahan selepas Olimpik.



Namun, atlet angkat berat Britain Zoe Smith berkata beliau berasa seperti banduan kerana pergerakan disekat dalam perkampungan itu, dan mereka hanya boleh ke sana ke mari antara 7 pagi dengan 10 pagi dengan ditemani pengiring.



Ini dilakukan sebelum dua pemain bola sepak dan seorang pegawai dari Afrika Selatan diuji positif bagi Covid-19 setibanya di sana.



Belum ada sekatan sedemikian bagi atlet Singapura, tetapi pemain tenis meja Clarence Chew, 25 tahun, berkata beliau dan pasukannya sedang mengambil langkah berjaga-jaga dengan pergi ke bilik tidur dan kafeteria sahaja.



"Kami berbuat demikian untuk mengehadkan pergerakan sebagai langkah pencegahan."



Chew berkata beliau mengisi masa yang ada antara latihan dengan menyelongkar beg cenderahati Olimpik yang diberi, yang antara lain diisi telefon bimbit Samsug S21 edisi Olimpik, fon telinga Galaxy Buds Pro dan botol air.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >