SUKAN PARALIMPIK RIO
Kontinjen terbesar S'pura pikul harapan tinggi
Jun 11, 2016 | 05:30 AM
HARAPAN tinggi melangit akan digalas kontinjen terbesar Singapura ke Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, bersandarkan pencapaian rekod di Sukan Para Asean (APG) Disember lalu.
Sembilan atlit mewakili empat sukan - boccia, tunggang kuda, belayar dan renang - termasuk atlit boccia Melayu Nurulasyiqah Mohammad Taha, telah menempah tempat di temasya sukan yang berlangsung dari 7 hingga 18 September ini.