Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Koronavirus: Brunei DPMM disekat dari bertanding dalam Perisai Masyarakat AIA

Feb 18, 2020 | 12:33 PM



JUARA Liga Perdana Singapura (SPL) Brunei DPMM tidak akan beraksi dalam perlawanan Perisai Masyarakat AIA menentang Tampines Rovers pada Sabtu ini (22 Februari), akibat wabak koronavirus. 



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam kenyataannya malam Isnin (17 Februari) berkata bahawa ia telah “dimaklumkan oleh Brunei DPMM mengenai larangan perjalanan kelab itu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keadaan Covid-19 sekarang”.



FAS menambah ia akan menyemak semula semua pilihan yang ada dan akan mendedahkan lebih maklumat mengenai perlawanan yang bakal diadakan di Stadium Jalan Besar itu. 



Sejauh ini, tiada kes jangkitan virus yang dilaporkan di Brunei.



Minggu lalu, FAS telah mengumumkan bahawa musim akan datang SPL akan berlangsung mengikut jadual - mulai 29 Februari ini, dengan pemeriksaan suhu badan akan dijalankan di tempat masuk stadium-stadium.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >